Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PENJARA NEWGATE | | UMUM | |
PENJARA FLEET | | UMUM | |
PENJARA | | UMUM | |
SING SING | Sing Sing ialah nama sebuah penjara negeri di Ossining, New York, Amerika Syarikat. Dari tahun 1970 hingga tahun 1983, penjara ini dinamakan Ossining Correctional Facility. Penjara ini mempunyai sekolah dan kilangnya sendiri. Pada mulanya Sing Sing mempunyai bangunan untuk banduan wanita, tetapi kini, tidak ada banduan wanita di penjara tersebut. Pembinaan Sing Sing dimulakan pada tahun 1825 dengan menggunakan tenaga tahanan buruh. Kemudian, penjara ini disusun semula dan beberapa bangunan baru telah didirikan. | UMUM | |
KAPAL BAGUR PENJARA | Kapal bagur penjara ialah kapal yang digunakan untuk menempatkan banduan Inggeris. Kapal-kapal ini berlabuh di Sungai Thames dan di pelabuhan tentera laut di selatan England. | UMUM | |
ALCATRAZ | Alcatraz ialah penjara terkenal di Pulau Alcatraz di Teluk San Francisco, California, Amerika Syarikat. Nama Alcatraz berasal daripada perkataan Sepanyol yang bermaksud burung undan. | UMUM | |
THE BLACK HOLE OF CALCUTTA | Bilik (penjara) kurungan bawah tanah yang tereletak di fort William, milik Syarikat Hindia Timur British di Calcutta. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
BORSTAL | Borstal ialah sekolah penjara bagi pesalah remaja di United Kingdom dari tahun 1902 hingga 1983. Perkataan borstal berasal daripada nama sebuah kampung di Kent, tempat sekolah penjara pertama didirikan. | UMUM | |
PAROL | Parol ialah pembebasan awal penjenayah dari penjara. Dalam kebanyakan kes, ia adalah sebagai ganjaran kerana berkelakuan baik. | UMUM | |
MENARA LONDON | Menara London ialah sekumpulan bangunan batu di East End, London, di tebing utara Sungai Thames. Ia pernah menjadi kubu, penjara dan istana. Bangunan yang paling lama iaitu menara tengah, yang dinamakan Menara Putih, dibina oleh William I, sejak akhir tahun 1000-an. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| penjara (kata nama) | Bersinonim dengan jel, lokap, kurungan, tahanan, rumah pasung, tangsi, terongko, bui, kanjus, kamar gelap,
rumah perdeo, rumah perai, kerangkengan, kerangkeng, tuna pidana, sekapan, penyekapan;, | | Kata Terbitan : memenjarakan, terpenjara, |
|
|