Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ILMU PENGASIH | ILMU PENGASIH, jampi, azimat, doa, ubat guna-guna dan seumpamanya yang digunakan oleh orang Melayu untuk menanam dan membangkitkan rasa kasih seseorang terhadap orang lain. Antara ilmu pengasih yang terdapat di kalangan masyarakat Melayu ialah ilmu tepuk bantal, pemanggil, penunduk dan nasi tangas. | BUDAYA | Konsep |
SIHIR | SIHIR, ilmu hitam untuk tujuan pembenci, pengasih dan perosak yang wujud sejak zaman dahulu di kalangan masyarakat Melayu yang menganut kepercayaan animisme dan Hindu. Ilmu sihir dalam masyarakat Melayu muncul dalam pelbagai bentuk dan dikenali dengan pelbagai nama, antaranya termasuklah tuju, lambai semangat, pulau dan santau. Prinsipnya sama sahaja iaitu menguasai semangat individu yang disihir dan mendatangkan kemudaratan kepada pihak yang terkena sihir. | BUDAYA | Konsep |
GUNA-GUNA | GUNA-GUNA, ubat pengasih. Orang Melayu percaya penggunaan jampi mantera dan benda-benda tertentu, semangat seseorang dapat dipuja dan ditakluk sehingga menjadikan seseorang itu terpikat akan si pemuja. | BUDAYA | Kepercayaan |
BOSWELL, JAMES | Boswell, James (17401795) ialah pengarang Scotland yang menulis sebuah biografi tentang Doktor Johnson, iaitu penulis dan pengkritik yang penting. Walaupun kemasyhurannya terletak pada karya The Life of Samuel Johnson (1791), tetapi Boswell juga seorang penulis penting. Jurnalnya yang begitu hidup memperlihatkan watak Boswell yang penuh kontradiksi ceria, pemuram, penuh berahi tetapi warak, suka bermegah tetapi pengasih. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kasih (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara, Berantonim dengan benci
2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati, Berantonim dengan benci
| Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani, |
|
|