Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PALANG MERAH | Palang Merah ialah pertubuhan yang bertugas untuk melegakan penderitaan manusia. Lebih daripada 170 buah negara mempunyai persatuan Palang Merah kebangsaan. Setiap persatuan kebangsaan mempunyai programnya sendiri. Walau bagaimanapun, petugas Palang Merah di seluruh dunia bersatu dalam mencapai matlamat mereka. Mereka cuba untuk menghindarkan penderitaan semasa perang atau aman, dan berkhidmat untuk semua orang, tidak kira ras, kewarganegaraan dan agama. | UMUM | |
PALANG SELATAN | Palang Selatan ialah buruj (sekumpulan bintang) terkenal di Hemisfera Selatan. Ia juga digelar sebagai Pari atau Crux. Buruj ini dinamai begini kerana empat buah bintangnya yang paling cerah membentuk palang. Kecerahan cahaya bintang disebut magnitud. Bintang yang paling cerah berada dalam magnitud pertama. Bintang yang terletak paling jauh ke selatan ialah bintang magnitud pertama. Bintang yang terletak di sebelah timur dan utara ialah bintang magnitud kedua, sementara bintang di sebelah barat bertahap magnitud ketiga. Lihat Magnitud. | UMUM | |
PALANG | PALANG, penggunaan susuk zakar di kalangan masyarakat Dayak di Kepulauan Borneo. Palang melibatkan pembedahan pada zakar untuk memasang suatu alat yang kononnya meningkatkan rangsangan seksual di kalangan kaum wanita. Alat yang dipasang diperbuat daripada taring, buluh, kayu, logam atau tulang binatang. Zakar ditebuk seperti menebuk telinga, supaya sebatang pin atau susuk boleh dimasukkan ke dalam lubang yang telah ditebuk. Bahan-bahan lain termasuklah batu permata, kaca, biji, bulu pelepah dan bulu babi. Diameter bagi susuk ini biasanya antara 2 mm hingga 4 mm dan lebih kurang 21 mm hingga lebih 5 cm panjang. | BUDAYA | Ubat-Ubatan |
SALIB | Salib ialah simbol paling lazim bagi agama Kristian. Salib merupakan palang yang padanya Jesus Christ disalib. Penganut Kristian percaya bahawa penyaliban Jesus Christ memainkan peranan utama dalam menghapuskan dosa manusia, dan mereka menyifatkan salib sebagai lambang penghapusan dosa. Pelbagai kumpulan penganut Kristian menggunakan simbol salib yang berbeza-beza. Golongan Roman Katolik dan Protestan sebahagian besarnya menggunakan salib Latin. Palang ini mempunyai tiang tegak dengan palang melintang yang pendek sedikit yang bersilang ke atas dari titik tengah. Banyak gereja Ortodoks Timur menggunakan salib Yunani yang mempunyai empat palang yang sama panjang yang bertemu di tengah-tengah. | UMUM | |
XILOFON | Xilofon ialah sejenis alat genderang yang terdiri daripada beberapa palang yang diatur di atas satu bingkai menyerupai ki sebuah piano. | UMUM | |
DUNANT, JEAN HENRI | Dunant, Jean Henri (18281910), ahli bank Switzerland, menubuhkan Palang Merah Antarabangsa. | UMUM | |
MESIN TRENGKAS | Mesin trengkas digunakan untuk merakamkan percakapan dengan cepat dan tepat. Mesin ini mempunyai 21 kekunci huruf. Seberapa banyak huruf boleh ditekan pada satu-satu masa. Operator mengeluarkan nombor dengan menekan palang angka dan kekunci yang mempunyai nombor yang dikehendaki. Palang angka sepadan dengan kekunci syif mesin taip. | UMUM | |
SWASTIKA | Swastika ialah simbol purba yang selalu digunakan sebagai perhiasan atau lambang keagamaan. Swastika berbentuk palang dengan kesemua hujung lengannya membengkok ke arah sudut kanan, selalunya mengikut arah jam. Swastika pernah ditemui di bangunan Byzantine, ukiran Buddha, tugu peringatan Celtik, dan duit syiling Yunani. | UMUM | |
SIGNUS | Signus ialah buruj yang terletak di Hemisfera Utara. Ciri buruj ini yang paling menonjol ialah Palang Utara yang terbentuk daripada lima buah bintangnya yang paling terang. Bintang Deneb, iaitu bintang yang paling terang, menandakan bahagiannya yang paling atas yang menghala ke timur laut. Bintang berpasang Albireo pula menandakan bahagian bawahnya yang menghala ke barat daya. | UMUM | |
AMBULANS | Ambulans ialah kenderaan yang direka bentuk khas untuk mengangkut orang sakit atau cedera. Kebanyakan ambulans ialah kenderaan bermotor yang dicat dengan lambang palang atau lambang khas yang lain. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| palang (kata nama) | Bersinonim dengan pengadang, adang, adang-adang, penghalang, perintang, rintangan, penyekat, sekatan,
selak, penyelak, selarak, tangan-tangan, sengkang, galang, lawa;, | | Kata Terbitan : memalang, |
|
Puisi |
---|
|
Dayang Anuman minta dibunuh, Dibungkus dengan peraca palang; Kalau tidak berhati sungguh, Jangan merebut kekasih orang.
Lihat selanjutnya... |
|