Seneca , Lucius Annaeus (4 S.M.?65 M.) ialah negarawan Rom, penulis, dan ahli falsafah Stoik. Karya-karyanya yang masih wujud termasuk 12 esei falsafah, 124 surat dan satu esei meteorologi, satu satira dan sembilan drama tragedi. Drama tragedinya mengadaptasi subjek yang digunakan oleh penulis drama Yunani. Tetapi drama tragedinya, melodrama yang hebat, ganas penuh dengan bahasa retorik. Fokusnya adalah pada kepercayaan orang Stoik bahawa malapetaka berlaku apabila nafsu memusnahkan taakulan. Drama ini banyak mempengaruhi drama tragik di Itali, Perancis dan England pada zama Elizabeth. |