| Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
| PENDAKWAAN NIAT JAHAT | Pendakwaan berniat jahat terhadap seseorang tanpa sebab dan kebarangkalian yang munasabah. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
| KEWAJIPAN BERJAGA-JAGA | Kewajipan berjaga-jaga. Tanggungjawab undang-undang seseorang individu untuk mengambil langkah yang munasabah bagi mengelakkan kemudaratan terhadap pihak lain. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
| DINESEN, ISAK | Dinesen, Isak (18851962) ialah nama pena Baroness Karen Blixen-Finecke, pengarang Denmark yang menulis dalam bahasa Inggeris dan bahasa Denmark. Karya-karyanya membicarakan manusia dan situasi yang aneh, tidak munasabah dan ganjil. | UMUM | |
| TASIK BLUE | Tasik Blue, terletak di lekukan yang curam kon gunung berapi lama, iaitu Gunung Gambier, di Australia Selatan. Kedalaman maksimumnya ialah 77 meter. Warna airnya akan berubah daripada kelabu pada musim sejuk kepada biru pada musim panas. Sebab-sebab berlakunya perubahan ini tidak difahami dengan sepenuhnya. Teori yang paling munasabah ialah bahawa kalsium karbonat yang larut dalam air mendak semasa musim panas dan butir-butirnya menyerakkan cahaya matahari. Lihat Cahaya (penyerakan). | UMUM | |
| NUSYUZ | Nusyuz, derhaka atau ingkar. Dalam konteks kekeluargaan Islam, istilah ini merujuk kepada isteri atau suami yang menderhaka atau ingkar terhadap pasangan masing-masing tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak. . | AGAMA | Konsep |
| PERCERAIAN | PERCERAIAN, pembubaran sebuah perkahwinan. Dalam masyarakat Melayu, penceraian berlaku mengikut peraturan dan ketetapan agama Islam. Apabila suami melafazkan talak kepada isterinya, secara automatik mereka telah bercerai. Walaupun hak melafazkan talak diberi kepada suami, tetapi dalam kes tertentu, isteri juga boleh meminta cerai. Kadi boleh meluluskan fasakh (talak) jika alasan yang munasabah diberi. Dari segi Islam, penceraian hanya sebagai pilihan terakhir, jika usaha lain untuk mendamaikan perkahwinan gagal. Semua perceraian mesti didaftarkan di pejabat kadi daerah. | BUDAYA | Konsep |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | munasabah (adjektif,) | | Bahasa Asal :Arab | | Bersinonim dengan masuk akal, diterima akal, lalu akal, tidak mustahil, lojik, rasional, wajar,
maakul, waras, patut;, | | | Kata Terbitan : kemunasabahan, |
|
|