Sepanyol, negara yang terletak di Eropah Barat terkenal dengan perlawanan lembunya yang meriah, cuacanya yang cerah, dan cerita istana kotanya yang menarik. Sepanyol merupakan salah sebuah negara yang paling mundur di Eropah Barat sehinggalah pertengahan tahun 1900-an. Kebanyakan penduduknya terdiri daripada peladang miskin. Seterusnya, menjelang tahun 1950-an dan 1960-an, pertumbuhan ekonomi yang pesat telah menukarkan Sepanyol menjadi sebuah negara perindustrian. |