Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ULEEBALANG | ULEEBALANG, jawatan hulubalang dalam pasukan tentera Aceh, Sumatera, Indonesia. Jawatan ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Uleebalang mengetuai sebuah negeri (daerah). Sebuah negeri terdiri daripada beberapa mukim uleebalang dan uleebalang sebuah negeri mendapat mandat daripada Sultan Aceh untuk mengepalai negeri tersebut. Sementara di daerah-daerah jajahan, sultan tidak melantik wakil baharu, sebaliknya menyamatarafkan raja-raja di bawah jajahannya dengan jawatan uleebalang. Raja-raja ini tidaklah menggunakan pangkal gelaran uleebalang tetapi menggunakan gelaran setempat. Contohnya uleebalang di Gayo dan Alas mendapat mandat terus daripada Sultan Aceh. Uleebalang di daerah tersebut dipanggil dengan gelar Keudjuruan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
SERI MENANTI | SERI MENANTI, bandar diraja dan tempat bersemayam Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Seri Menanti adalah sebuah bandar kecil yang terletak dalam daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sebelum Negeri Sembilan bernama Negeri Sembilan, ia adalah sebuah daerah atau luak dari negeri Johor yang terkandung di dalamnya beberapa buah luak. Luak-luak ini diperintah oleh penghulu luak yang dibantu oleh datuk lembaga dan buapak. Semua penghulu luak mendapat mandat atau kuasa daripada Sultan Johor. Pada masa itu, Seri Menanti termasuk dalam luak Johol dan sebahagian lagi dalam luak Muar yang mengandungi beberapa buah kampung di sekeliling Istana Besar Seri Menanti sekarang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
|
|