Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SHANGHAI | Shanghai (pend. 8 214 436) ialah bandar raya terbesar di China. Ia terletak di Sungai Huangpu. Untuk lokasi, lihat China (peta politik). Kira-kira 23 kilometer ke utara Shanghai, Sungai Huangpu dan Sungai Yangtze bertemu dan mengalir ke Laut China Selatan. Lokasi Shanghai yang berhampiran jalan air yang penting ini membantu menjadikannya pelabuhan penting dan bandar raya perindustrian utama di China. | UMUM | |
TIMOR | Timor ialah pulau di Asia Tenggara. Untuk lokasi, lihat Asia (peta politik). Timor meliputi keluasan 31 000 kilometer persegi dan jumlah penduduk kira-kira 2 juta orang. Separuh bahagian barat Timor adalah sebahagian daripada Indonesia semenjak Indonesia diasaskan pada tahun 1949. Separuh bahagian timur menjadi wilayah Portugal pada tahun 1500-an. Pada tahun 1975, penduduk Timor menuntut kemerdekaan daripada Portugal. | UMUM | |
PULAU SAINT GEORGE | Pulau Saint George lihat Bermuda (Lokasi, saiz, dan pemerian). | UMUM | |
ABUJA | Abuja ialah ibu negara Nigeria. Untuk lokasi, lihat Nigeria (peta politik). | UMUM | |
ESSEX | Essex ialah kaunti di tenggara England. Untuk lokasi, lihat England (peta politik). Namanya berasal daripada nama kumpulan terawal Anglo-Saxon yang dikenali sebagai East Saxons. Kerajaan East Saxons ditubuhkan di kawasan itu pada tahun 400 M. | UMUM | |
NAZARETH | Nazareth (pend. 45 600) ialah sebuah bandar di utara Israel. Untuk lokasi, lihat Israel (peta politik). Ia merupakan tempat tinggal Jesus Christ semasa mudanya. Bandar ini terletak di Galilee, provinsi Rom (lihat Galilee ). | UMUM | |
PIEDMONT | Piedmont ialah wilayah Itali di kawasan lembah hulu Sungai Po. Untuk lokasi, lihat Itali (peta politik). Nama Piedmont bermaksud kaki gunung iaitu merujuk kepada kedudukan kawasan yang terletak di kaki Banjaran Alp. | UMUM | |
SALE | Sale (pend. 13 853) ialah bandar di daerah Gippsland, Victoria, Australia. Untuk lokasi, lihat Victoria (peta politik). Sale terletak di Sungai Thomson, iaitu cabang Sungai La Trobe dan dikelilingi oleh daerah pertanian, padang ragut, ladang tenusu, dan pengairan. Industrinya meliputi kilang plastik dan syarikat perkhidmatan yang berkaitan dengan industri minyak luar pantai dan gas. | UMUM | |
PONDICHERRY | Pondicherr y (pend. 789 416) ialah wilayah kesatuan di tenggara India. Untuk lokasi, lihat India (peta politik). | UMUM | |
EDINBURGH | Edinburgh (pend. 421 213) iaIah ibu negara dan bandar kedua terbesar di Scotland. Untuk lokasi, lihat Scotland (peta politik). | UMUM | |
|
|