Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MIASTENIA GRAVIS | Miastenia gravis ialah sejenis penyakit yang tidak berjangkit yang dicirikan dengan keadaan otot-otot tulang yang lemah. Keadaan lemah ini meningkat dengan peningkatan aktiviti fizikal tetapi sedikit sebanyak boleh diredakan dengan cara berehat. Penyakit ini menyerang semua kumpulan umur dan kedua-dua jantina, tetapi ia paling kerap berlaku di kalangan wanita yang berumur antara 15 tahun hingga 30 tahun, dan lelaki yang berumur antara 40 tahun hingga 70 tahun. | UMUM | |
NEGERI NAUNGAN | Negeri naungan ialah negeri lemah yang dikuasai oleh negara yang lebih kuat. Negeri naungan biasanya mempunyai fungsi kuasa berkerajaan sendiri yang tertentu tetapi negara penaungnya mempunyai kata pemutus dalam hal- hal yang penting. Kuasa penaung menjalankan semua perhubungan luar negeri untuk negeri naungan dan mengawasi pertahanan negeri naungan tersebut. Dalam sejarah British, zaman Naungan (1653 1659) ialah zaman semasa Oliver Cromwell memerintah England sebagai Raja Penaung. Puteranya, Richard menggantikannya sebagai raja penaung pada tahun 1658. | UMUM | |
ASID HIPOKLOROS | Asid hipokloros ialah asid organik lemah yang membentuk klorin apabila dicampurkan ke dalam air. Asid ini tidak stabil dan mengurai dengan cepat apabila didedahkan ke haba atau cahaya. | UMUM | |
AMINA | Amina ialah nama kumpulan bes organik lemah yang sama dengan ammonia dari segi strukturnya. Ahli kimia membentuk amina dengan menggantikan satu atau lebih daripada tiga atom hidrogen pada ammonia dengan mana-mana kumpulan struktur organik yang mengandungi karbon dan hidrogen. Apabila dineutralkan oleh asid, amina membentuk garam (lihat Garam; Kimia ). Amina digunakan secara komersial sebagai pelarut dan juga dalam pembuatan bahan pencuci, pencelup, racun herba, ubat, bahan pencuci filem fotograf, dan perencat karat. | UMUM | |
MERKUROKROM | Merkurokrom ialah nama dagang bagi antiseptik lemah yang digunakan dalam larutan air. Nama rasminya ialah merbromin. Merkurokrom adalah satu daripada antiseptik yang dikenali sebagai merkurial organik yang mengandungi merkuri. Merkurokrom ialah serbuk kasar berwarna hijau, tetapi dalam larutan air, bahan ini berwarna merah pekat. Formula kimia merkurokrom ialah C 20 H 8 O 6 Ha 2 Br 2 Hg. Larutan merkurokrom biasanya tidak terbakar atau merengsakan apabila disapu pada luka. Lihat juga Antiseptik. | UMUM | |
TELESKOP RADIO | Teleskop radio ialah alat yang mengumpul dan menyukat gelombang radio yang lemah yang dikeluarkan oleh objek di angkasa. Ia mengumpul gelombang radio sebagaimana teleskop optik mengumpul cahaya. Sebenarnya, gelombang radio dan gelombang cahaya merupakan bentuk penyinaran yang sama jenis, yang disebut gelombang elektromagnet (lihat Gelombang elektromagnet ). | UMUM | |
ASID BORIK | Asid borik, juga dikenali sebagai asid boraksik ialah asid bukan organik yang lemah, yang paling dikenali kerana kegunaannya sebagai antiseptik. | UMUM | |
ASHTON, SIR FREDERICK | Ashton, Sir Frederick (19041988) ialah koreografer (penggubah tarian). Tariannya yang lemah lembut lagi halus menolong mewujudkan gaya Inggeris sekarang ini pada balet klasik. | UMUM | |
KROM RAKSA | Krom raksa ialah nama dagangan untuk antiseptik lemah yang digunakan dalam larutan air. Nama rasminya ialah merbromin. | UMUM | |
SEMBELIT | Sembelit ialah keadaan apabila usus tidak membuang bahan sisa semudah biasa. Orang yang sembelit tidak dapat membuang air besar dengan teratur, dan mungkin berasa sakit atau usus besarnya lemah. Mereka mungkin berasa pening kepala dan sakit tulang belakang. Sembelit boleh disebabkan oleh otot usus yang lemah atau kontraksi otot usus yang kuat tidak tetap. Sembelit juga boleh berlaku apabila seseorang sering mengambil julap atau tidak mengambil jenis makanan tertentu secukupnya, terutama makanan yang mengandungi serat. Sembelit juga boleh menimbulkan sakit yang tisu atau saraf usus, seperti ketumbuhan yang menyekat menjejaskan sebahagian usus kecil. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| lemah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan lesu: longlai, lengai, kelesa, lembam, tidak bertenaga, tidak bermaya, tidak berdaya,
tidak berkuasa, Berantonim dengan cergas
2. Bersinonim dengan lembam: lempam, lambat, lembap, Berantonim dengan cerdas
| Kata Terbitan : melemahkan, kelemahan, |
|
Puisi |
---|
|
Lemah lembut pandan berduri, Putus tali kain cadar; Lemah lembut membawa diri, Pandai hati siapa menanggar.
Lihat selanjutnya... |
|