Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SEPAT BUNGA | Sepat bunga ialah nama bagi lebih kurang 25 spesies ikan yang kecil, memanjang yang terdapat di perairan tropika dan panas. Kebanyakan sepat bunga lebih kurang 15 sentimeter panjangnya, mempunyai sirip dorsal yang panjang dan sirip dubur yang panjang, yang bertemu di hujung ekor yang runcing. | UMUM | |
ALLOSAURUS | Allosaurus ialah dinosaur besar karnivor yang hidup lebih kurang 150 juta tahun dahulu. Allosaurus hidup di bahagian barat Amerika Syarikat. Haiwan ini membesar sehingga lebih kurang 11 meter panjang, berdiri lebih kurang dua meter tinggi pada bahagian pinggul, dan beratnya lebih kurang 1.8 tan metrik. | UMUM | |
STRATOSFERA | Stratosfera ialah suatu lapisan atmosfera bumi. Ia terletak di atas troposfera, iaitu lapisan atmosfera yang terdekat dengan bumi. Stratosfera bermula lebih kurang 10 kilometer di atas permukaan bumi di kawasan kutub dan lebih kurang 16 kilometer di kawasan khatulistiwa. Sempadan atasnya yang dikenali sebagai stratopaus, terletak pada ketinggian lebih kurang 48 kilometer. | UMUM | |
ZAMAN PLEISTOSEN | Zaman Pleistosen ialah tempoh zaman geologi dalam sejarah bumi. Ramai ahli sains bumi percaya zaman ini bermula lebih kurang dua juta tahun yang lalu dan berakhir lebih kurang 10 000 tahun lepas. | UMUM | |
TITI | Titi ialah sejenis monyet kecil di Amerika Selatan. Ia hidup di hutan hujan tropika di Amazon, di Lembangan Sungai Orinoco dan di timur Brazil. Titi jantan dan betina lebih kurang sama besarnya. Panjangnya lebih kurang 30 sentimeter hingga 40 sentimeter dan panjang ekornya 35 sentimeter hingga 40 sentimeter. Beratnya lebih kurang satu kilogram. Bulunya berwarna kelabu, perang kemerahan atau hitam. Ia hidup di atas pokok dan sekali-sekala ia turun ke tanah. Makanan utamanya buah-buahan dan juga banyak jenis daun dan serangga. | UMUM | |
SUMER | Sumer, sebuah kawasan purba di selatan Mesopotamia (kini tenggara Iraq), iaitu tempat lahir tamadun dunia yang pertama. Tamadun ini bermula lebih kurang pada tahun 1500 S.M. dan berkembang hingga lebih kurang tahun 2000 S.M. Ia kemudian diserap oleh empayar Babylon dan Assyria yang hebat. Orang Sumer mencipta sistem penulisan pertama dunia, iaitu satu set perkataan bergambar. Sistem ini berkembang menjadi sejenis tulisan yang dikenali sebagai tulisan pepaku. Ia menggunakan simbol yang terdiri daripada tanda-tanda segi tiga. Tulisan pepaku ini digunakan untuk menulis pelbagai bahasa di seluruh kawasan barat daya Asia pada zaman purba. | UMUM | |
MALAWI | Malawi ialah negara kecil yang berpemandangan indah di tenggara Afrika. Panjangnya lebih kurang 850 kilometer dan lebarnya dari 80 kilometer hingga 160 kilometer. Malawi terletak di pantai barat Tasik Nyasa, yang dikenali sebagai Tasik Malawi di negara tersebut. Aktiviti gunung berapi purba menyebabkan Malawi mendapat tanah yang subur. Tetapi gunung-ganang, hutan rimba, dan padang ragut yang kasar menyebabkan hanya lebih kurang satu per tiga bumi negara ini sesuai untuk pertanian.
| UMUM | Umum |
TENREK | Tenrek ialah nama bagi lebih kurang 30 spesies mamalia kecil yang hidup terutamanya di Madagascar . Terdapat dua jenis utama, tenrek tikus kesturi dan tenrek landak . Spesies ini amat berbeza dari segi rupa dan habitatnya. Tenrek tikus kesturi mempunyai ekor yang panjang dan berbulu lembut. Tenrek landak mempunyai ekor yang pendek atau tidak berekor langsung, dan berduri keras bak jarum di belakangnya. Sesetengah tenrek hidup di atas pokok, sesetengahnya hidup di bawah tanah dan yang lain hidup di dalam air. | UMUM | |
MONSTERA | Monstera ialah nama bagi lebih kurang 20 spesies tumbuhan menjalar yang berkayu di kawasan tropika Amerika. Ia adalah epifit (tumbuhan yang hidup pada tumbuhan lain). Spesies yang paling biasa, iaitu tumbuhan rumah yang paling popular, dikenali sebagai Swiss cheese plant. Daunnya yang matang adalah lebar di tepi dan mungkin berlubang. Di kawasan tropika, buah monstera dimakan. Rasanya seakan-akan rasa pisang dan nanas. Pengenalan saintifik. Monstera tergolong dalam famili arum, Araceae. Spesies biasa ialah Monstera deliciosa . | UMUM | |
SELAT MENAI | Selat Menai ialah selat yang sempit di antara pulau Anglesey di Laut Ireland dengan tanah besar Wales Utara. Selat ini lebih kurang 25 kilometer panjang dan terbentang dari Beaumaris di timur laut ke Abermenai Point di barat daya. Lebarnya tidak sekata dari lebih kurang lima kilometer hingga sekecil 180 meter. Bangor ialah bandar yang terbesar di selat ini. Jambatan gantung Selat Menai yang dibina oleh Thomas Telford terletak berhampiran. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| lebih | 1. Bersinonim dengan baki ( sisa) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan semakin ( bertambah, kian, lagi, ) (kata tugas:) Berantonim dengan kurang
| Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tuan menebang jati, Biar serpih tumbangnya jangan; Kalau tuan mencari ganti, Biar lebih kurang jangan.
Lihat selanjutnya... |
|