Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TANGERIN | Tangerin ialah nama popular bagi buah sitrus dalam kumpulan mandarin. Buah ini kelihatan seperti oren, tetapi lebih kecil dan lebih leper, lebih mudah dikopek dan ulasnya lebih mudah terpisah. Tangerin ialah buah mandarin merah jingga yang berasal dari Asia Tenggara. Kulitnya nipis dan berbau wangi. Buahnya lembut, tetapi pokoknya lebih tahan terhadap kesejukan daripada pokok oren. Jenis tangerin termasuk Clementine, Dancy, Ponkan dan jenis kacukan seperti Kinnow, Robinson, Sunburst dan Wilking. Tangerin ditanam di Brazil, China, Itali, Jepun, Sepanyol dan Amerika Syarikat. Pengelasan saintifik. Tangerin tergolong dalam famili rue, Rutaceae. Ia adalah Citrus reticulata . Lihat juga Tangelo; Tangor. | UMUM | |
PERTOLONGAN CEMAS | Pertolongan cemas ialah rawatan serta-merta yang diberi kepada mangsa yang mengalami kemalangan, sakit yang mendadak, atau lain-lain kecemasan perubatan. Pertolongan cemas yang betul dapat menyelamatkan nyawa mangsa, lebih-lebih lagi jika mangsa itu mengalami pendarahan yang banyak, terhenti pernafasannya, atau terkena racun. Pertolongan cemas juga boleh mencegah masalah perubatan yang selanjutnya yang terhasil daripada kecederaan atau sakit. | UMUM | |
REKAAN | Rekaan ialah penciptaan suatu alat, proses atau produk yang baharu. Hasil rekaan membolehkan kita mengawal persekitaran dan hidup dengan lebih selesa, lebih mudah dan lebih gembira. Jika kita tidak boleh mereka cipta, kita terpaksa bergantung pada iklim dan bumi sepenuhnya. Rekaan telah membolehkan manusia hidup dalam persekitaran yang penuh dengan rintangan dan membina sebuah masyarakat yang bertamadun. | UMUM | |
TIKUS | Tikus ialah mamalia berbulu yang kelihatan seperti cencorot tetapi lebih besar. Jenis tikus yang paling kecil membesar lebih panjang dan lebih berat daripada mencit yang terbesar. Seperti cencorot, beaver, dan tupai, tikus adalah rodensia . Semua haiwan demikian mempunyai gigi depan bak pahat yang terutamanya sesuai untuk menggerit. | UMUM | |
APENDIKS | Apendiks dalam anatomi ialah struktur yang melekat pada bahagian yang lebih besar atau lebih penting. Istilah ini biasanya merujuk kepada apendiks vermiform (bak cacing), tiub halus dan tertutup yang menganjur dari usus buntu , bahagian pertama usus besar. | UMUM | |
ALLOSAURUS | Allosaurus ialah dinosaur besar karnivor yang hidup lebih kurang 150 juta tahun dahulu. Allosaurus hidup di bahagian barat Amerika Syarikat. Haiwan ini membesar sehingga lebih kurang 11 meter panjang, berdiri lebih kurang dua meter tinggi pada bahagian pinggul, dan beratnya lebih kurang 1.8 tan metrik. | UMUM | |
MEGAFON | Megafon ialah peranti berongga, berbentuk konyang digunakan untuk menjadikan suara lebih kuat. Seseorang yang menggunakan megafon akan bercakap atau menjerit ke dalam bukaan kecil di satu hujungnya. Suara orang itu keluar dari hujung satu lagi yang lebih besar. Megafon menjadikan suara lebih kuat kerana gelombang bunyi dihalakan dalam satu arah. Megafon panjangnya mungkin sehingga 60 sentimeter atau lebih. Pembesar suara mudah alih yang menggunakan kuasa bateri, dikenali sebagai bullhorn, sering digunakan sebagai ganti megafon. | UMUM | |
MINYAK GAS | Minyak gas adalah satu pecahan (bahagian) apabila petroleum dipisahkan melalui penyulingan. Minyak gas didapati lebih kurang pada pertengahan penyulingan. Ia lebih berat daripada petrol dan parafin, dan lebih ringan daripada sulingan lube , yang dijadikan minyak pelincir dan lilin. Nama minyak gas diperoleh daripada penggunaan minyak ini dalam pengeluaran bahan api gas. Minyak gas ditukarkan kepada pecahan petroleum yang lebih ringan, seperti petrol dan bahan kimia. Ia juga digunakan untuk minyak diesel dan minyak bahan api. Lihat juga Petroleum (Penapisan petroleum). | UMUM | |
KELIKIR | Kelikir ialah campuran ketul-ketul batuan dengan zarah-zarah pasir dan tanah liat. Sekurang-kurang 30 peratus daripada kelikir terdiri daripada ketul-ketul batuan yang lebih kasar, atau lebih besar daripada pasir iaitu, lebih daripada dua milimeter lebarnya. Pasir dan tanah liat membentuk selebihnya kelikir, biasanya membentuk 50 hingga 70 peratus daripada keseluruhan jisim. | UMUM | |
MUSANG | Musang ialah mamalia berbulu yang kelihatan seperti kucing yang panjang langsing. Tetapi musang mempunyai muncung yang lebih runcing, ekor yang lebih berbulu dan kaki yang lebih pendek daripada kucing. Musang hidup di Asia, dari India hingga ke Indonesia, dan di Afrika. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| lebih | 1. Bersinonim dengan baki ( sisa) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan semakin ( bertambah, kian, lagi, ) (kata tugas:) Berantonim dengan kurang
| Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan, |
|
Puisi |
---|
|
Apa lebih kepada belida, Sisik ada tulang pun ada; Tak dak lebih darimu dinda, Bahasa ada rupa pun ada.
Lihat selanjutnya... |
|