Tarkington, Booth (18691946) ialah penulis novel dan drama Amerika. Karyanya dianggap sebagai salah satu gambaran yang terbaik bagi keseluruhan aspek kehidupan di barat tengah, Amerika Syarikat. Karya Tarkington meliputi pelbagai jenis daripada Monsieur Beaucaire (1900) yang sentimental dan romantik kepada Penrod (1914) yang penuh jenaka, dan Alice Adams (1921) sebuah karya realisme. Karya novel triloginya berjudul Growth (1927) memaparkan keratan rentas kehidupan di bandar seperti yang terdapat di bandar kelahirannya, Indianapolis, Indiana, Amerika Syarikat. Novel triloginya merangkumi The Turmoil (1915), The Magnificent Ambersons (1918), dan The Midlander (1923). Penrod, Penrod and Sam (1916), dan Seventeen (1916) memaparkan kegembiraan dan masalah golongan muda. |