Piuter ialah aloi yang mengandungi kebanyakannya timah. Ia juga mengandungi antimoni dan tembaga. Piuter berwarna putih metalik seakan-akan warna perak dan keemasan yang boleh berbeza-beza daripada kusam hingga bergilap. Ia digunakan dengan meluas untuk membuat barang-barang seperti mangkuk, kaki lilin dan set minuman. Piuter ialah aloi yang lembut dan mudah kemik. Barang-barang yang dibuat daripada piuter perlukan pengendalian yang cermat. |