Shah Jahan (15921666) ialah pemerintah kelima empayar Mughal di India. Baginda menjadi pemerintah pada tahun 1627. Ketika pemerintahannya, rakyat Mughal berada dalam zaman keemasan, dengan bilik kebal yang dipenuhi harta dan gaya seni bina yang indah dan mengagumkan. Shah Jahan paling diingati kerana Taj Mahalnya yang amat sempurna, iaitu makam marmar putih yang amat besar yang dibina untuk permaisurinya di Agra, India (lihat Taj Mahal ). Baginda juga telah membina sebuah istana yang amat hebat dan luar biasa di Delhi. Istana ini berserta dengan bangunan lain masih lagi kekal sebagai contoh keagungan empayar Mughal. Dinasti itu mulai mengalami kemerosotan kerana terlalu banyak wang telah dihabiskan untuk kemewahan dan terlalu banyak tenaga yang telah disia-siakan dalam peperangan. Pemerintahan Shah Jahan sentiasa menghadapi masalah, dan seorang daripada puteranya telah merampas takhta daripadanya. |