Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KELENGKAPAN | Kelengkapan ialah istilah ketenteraan yang merujuk kepada senjata dan amunisi. Kebanyakan tentera darat, tentera laut, dan tentera udara mempunyai jabatan kelengkapan. Jabatan ini bertugas untuk mereka, membuat, memperbaiki, dan mengagih senjata dan amunisi. Istilah kelengkapan juga termasuk peralatan yang digunakan dalam pembuatan dan penyelenggaraan barang-barang ini. | UMUM | |
PERABOT | Perabot terdiri daripada kerusi, meja, katil, dan kelengkapan lain yang memberikan keselesaan dan kemudahan di dalam rumah, sekolah, dan pejabat kita. Kita berehat di atas kerusi dan kerusi panjang, dan menyimpan pelbagai barang di dalam peti, kabinet dapur, dan almari buku. Meja tulis menyediakan tempat untuk menelaah dan membuat kerja-kerja menulis. Sesetengah set televisyen dan sistem hi-fi mempunyai kabinet yang menarik, dan oleh kerana itu, ia juga dianggap sebagai perabot. Piano merupakan sejenis perabot yang menarik di kebanyakan rumah. | UMUM | |
SPEAKER | Speaker ialah peranti elektrik yang mengeluarkan semula bunyi. Speaker membentuk sebahagian daripada sistem bunyi fideliti tinggi, radio, alat pemain kaset, dan peti televisyen. Ia juga menjadi sebahagian daripada sistem siar raya dan kelengkapan yang digunakan untuk menguatkan bunyi yang dimainkan oleh pemuzik. | UMUM | |
REOSTAT | p> Reostat ialah alat yang menaikkan atau menurunkan amaun rintangan dalam sesuatu litar elektrik. Dengan mengubah amaun rintangan, reostat mengawal aliran arus elektrik melalui sesuatu litar. Banyak jenis reostat digunakan dalam motor elektrik, pemancar radio, penjana, dan lainlain jenis kelengkapan elektrik. | UMUM | |
ULOS BATAK | ULOS BATAK, tenunan yang memberi pakan tambahan dengan tidak menggunakan benang emas atau perak, dan merupakan alat kelengkapan upacara adat. Di daerah Batak, seperti di Tanah Karo, ulos dikenal dengan pelbagai nama antaranya gatip juir, uisgara, uisnipes, uisteba dan uis arinteneng, sementara di Tapanuli Utara, dikenal sebagai tampai dan palepai. Ulos yang paling terkenal ialah ulos ragi idup. | BUDAYA | Kraf Tangan |
SAN JOSE | San Jose, California, (pend. 782 248; pend. kaw. met. 1 497 577) ialah bandar perindustrian yang utama dan salah sebuah pusat pembuatan aeroangkasa yang utama di Amerika Syarikat. Ia terletak di Lembah Santa Clara, lebih kurang 80 kilometer ke selatan San Francisco. Keluaran utama industri elektronik di sini ialah komputer dan kelengkapan komputer. Kawasan dari San José ke barat laut ke Palo Alto kadang-kadang dikenali sebagai Lembah Silikon disebabkan terdapat banyak industri komputer dan industri yang berkaitan dengan komputer. | UMUM | |
MOTOR ELEKTRIK | Motor elektrik ialah mesin yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal untuk melakukan kerja. Motor elektrik digunakan untuk menggerakkan pelbagai mesin dan jentera. Mesin basuh, penyaman udara dan pembersih vakum termasuk motor elektrik, begitu juga pengering rambut, mesin jahit dan penggerudi elektrik dan gergaji elektrik. Pelbagai jenis motor menggerakkan peralatan mesin, robot dan lain-lain kelengkapan untuk membolehkan kilang berjalan lancar. | UMUM | |
PORSELIN | Porselin ialah sejenis seramik yang dinilai tinggi kerana keindahan dan kekuatannya. Ia sering dikenali sebagai china atau chinaware kerana ia pertama kali dibuat di China. Porselin dicirikan oleh keputihannya, rupanya yang halus, dan lut cahaya (boleh ditembusi cahaya). Oleh kerana ia adalah keluaran seramik yang paling keras, porselin digunakan sebagai penebat elektrik dan kelengkapan makmal. Walau bagaimanapun, porselin dikenali terutamanya sebagai bahan untuk membuat vas bermutu tinggi, barang meja dan juga patung kecil dan barang hiasan yang lain. Jenis porselin yang digunakan untuk tujuan ini menghasilkan bunyi berdenting apabila dijentik. | UMUM | |
PETROLEUM | Petroleum adalah salah satu daripada sumber semula jadi yang paling berharga di dunia. Sesetengah orang menamakan petroleum emas hitam , tetapi lebih baik sekiranya ia diperikan sebagai nadi negara perindustrian. Bahan api yang dibuat daripada petroleum membekalkan kuasa kepada kereta, kapal terbang, kilang, kelengkapan ladang, trak, kereta api, dan kapal. Bahan api petroleum juga menjana haba dan tenaga elektrik untuk rumah dan premis perniagaan. Keseluruhannya, petroleum membekalkan hampir separuh daripada tenaga yang digunakan di dunia. | UMUM | |
PETRIE | Petrie ialah nama sebuah keluarga peneroka di Australia . Andrew Petrie (17981872) ialah pembina bangunan dan salah seorang peneroka yang pertama di Brisbane, Queensland, Australia. Dia lahir di Fife, Scotland. Dia tiba di Sydney dan bertugas sebagai pekerja bebas pada tahun 1831. Selepas bekerja sebagai kerani di jabatan kelengkapan, Petrie menjadi penyelia kerja di Teluk Moreton (kini Brisbane) pada tahun 1837. Apabila stesen banduan dipindahkan pada tahun 1839, Petrie tinggal di tempat yang sama sebagai peneroka bebas. Dia mereka bentuk dan membina banyak bangunan yang penting di sekitar tempat tersebut. Perjalanannya memberi banyak pengetahuan mengenai kawasan sekitar. Petrie ialah orang yang pertama mendaki Gunung Beerwah, di Pergunungan Glasshouse. Dia membawa balik ke Brisbane contoh-contoh pertama pain bunga. Pada tahun 1842, dia menemui Sungai Mary. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| lengkap (adjektif) | Bersinonim dengan genap, cukup, sempurna, tidak kurang, kamil, utuh, penuh, kafi, mustaid, jangkap;, | | Kata Terbitan : selengkap, berlengkap, melengkapi, melengkapkan, kelengkapan, pelengkapan, pelengkap, |
|
|