Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SURAH SABA' | Surah Saba ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-34 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 54 ayat. Surah ini dinamakan Saba kerana Allah S.W.T. ada menyebut dalam al-Quran cerita negeri Saba, iaitu cerita tentang raja-raja Yaman. Penduduk di negara tersebut hidup dalam kenikmatan dan kemewahan, kegembiraan dan ketenangan. Tempat tinggal mereka dipenuhi dengan kebun-kebun dan taman-taman. Apabila mereka mengkufuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T., mereka dihancurkan dengan banjir besar. Kisah ini menjadi pengajaran kepada orang yang mahu mengambil iktibar. | UMUM | |
PERKEBUNAN PASARAN | Perkebunan pasaran ialah penanaman sayur- sayuran atau buah-buahan, atau kedua-duanya, untuk dipasarkan. Kebun pasaran biasanya terdiri daripada petak tanah yang besar, dengan kawasan yang diuntukkan untuk sayur-sayuran yang berbeza. Kebun pasaran membekalkan hasil yang segar kepada orang ramai yang tinggal di bandar besar di seluruh dunia. Pembaikan dalam pengangkutan dan penggunaan penyejukan bagi mengekalkan kesegaran sayur-sayuran dan buah-buahan, telah mengurangkan pergantungan penduduk bandar pada hasil tanaman tempatan. Banyak kebun pasaran moden merupakan perniagaan besar, yang membekalkan banyak kuantiti tanaman seperti salad atau tomato. | UMUM | |
TIMUN | Timun atau mentimun ialah sayur kebun biasa yang berasal dari selatan Asia, tetapi ditanam sebagai tumbuhan tahunan di banyak bahagian di dunia. Timun mempunyai batang menjalar yang berbulu yang mempunyai banyak sulur paut. Daunnya yang berbentuk segi tiga mungkin mempunyai cuping berbucu tiga. | UMUM | |
KUBIS BUNGA | Kubis bunga ialah sayur kebun yang kaya dengan vitamin dan mineral. Ia paling biasa dimakan, dimasak, tetapi kadangkala dimakan mentah atau dijeruk. | UMUM | |
BROKOLI | Brokoli ialah sayur kebun berkhasiat yang berkaitan rapat dengan kubis bunga. | UMUM | |
DANDELION | Dandelion ialah bunga liar berwarna kuning cerah yang tumbuh di laman dan padang rumput. Di seluruh kawasan beriklim sederhana di dunia, tukang kebun menganggap dandelion sebagai rumpai yang mengganggu yang sukar dikawal. | UMUM | |
AFID | Afid yang dikenal juga sebagai kutu tumbuh- tumbuhan ialah serangga berbadan lembut yang kecil yang makan jus tumbuh-tumbuhan. Banyak jenis afid membahayakan taman, kebun, dan tanaman ladang. Afid mempunyai badan yang gemuk, kepala yang kecil, dan mulut yang berbentuk tiub. Afid menggunakan tiub ini untuk mencucuk batang tumbuh-tumbuhan atau daun dan makan jusnya. Afid berwarna hijau, hitam, keputih-putihan atau warna lain. Banyak jenis afid mempunyai empat sayap. Yang lainnya tidak mempunyai sayap. | UMUM | |
DUSUN | DUSUN, kebun buah-buahan yang terletak di pinggir kampung atau berhampiran kawasan hutan. Kawasan dusun adalah sebahagian daripada konsep ruang masyarakat Melayu dalam menyusun kedudukan penempatan mereka. Tapak rumah merupakan pusat ruang itu. Di luar daripada tapak ini terdapat kawasan kampung (kawasan kecil) di sekitar perkarangan rumah. Di luar kawasan kampung ini biasanya terdapat kawasan pertanian terutama sekali padi. Bagi petempatan moden, kawasan pertanian ini terdiri daripada kebun getah atau kelapa. Di luar daripada kawasan pertanian ini terletak kawasan dusun yang sudah agak hampir dengan pinggir hutan dan tidak lagi mempunyai pemilik yang jelas dalam penggunaan tanah di kawasan perkampungan. Gabungan keseluruhan kawasan kediaman ini menjadikan keseluruhan wilayah kampung. | BUDAYA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
OCHO RIOS | Ocho Rios ialah tempat peranginan di Jamaica yang mempunyai keindahan alam semula jadi. Ia terletak kira-kira 100 kilometer ke timur Teluk Montego. Ia merupakan teluk yang terlindung yang dikelilingi oleh dusun kelapa dan tebu serta kebun buah-buahan. Ocho Rios merupakan tarikan pelancong dengan pantai, pasar, kedai, restoran, hotel, dan kemudahan rekreasi lain yang dimilikinya yang dapat dibanggakan. Kawasan yang menarik yang terletak berdekatan dengannya termasuk Galur Fern, iaitu kawasan tumbuh- tumbuhan tropika yang tidak tercemar; Air Terjun Sungai Roaring, yang sebahagiannya digunakan bagi tenaga hidroelektrik; dan Air Terjun Sungai Dunn. | UMUM | |
ANUR | Alat pengangkut untuk mengangkut barang yang ditarik oleh lembu atau kerbau. Anur dikenal juga sebagai andur. Selalunya petani menggunakan alat ini untuk mengangkut padi atau berbagai-bagai jenis hasil tanaman dari sawah atau kebun ke rumahnya. | BUDAYA | Alat/Alatan |
|
Tesaurus |
---|
| kebun (kata nama) | Bersinonim dengan ladang, dusun, taman, huma, tegal, sawah, bendang, estet;, | | Kata Terbitan : berkebun, memperkebuni, perkebunan, pekebun, pengebun, |
|
Puisi |
---|
|
Kebun kecil pokok berjenis, Pagar dengan buluh berdaun; Kecil-kecil kayu tempinis, Terasnya tahan berpuluh tahun.
Lihat selanjutnya... |
|