Kata |
Takrif |
Sumber |
bendang | kawasan berair tempat bertanam padi; sawah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bendang | sawah; tanah ~ tanah sawah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bendang | kawasan berair tempat bertanam padi; sawah. | Kamus Pelajar |
tajak | sj alat utk mencangkul tanah atau membersihkan rumput di sawah (bendang dll), rimbas: mereka sedang berhempas pulas mengayun cangkul dan ~, membuat kebun sayur;~ kebat Mn cagaran; tiada serik dimakan ~ esok lusa ke bendang juga prb kerana mencari wang (harta) tidak menghiraukan penat atau kesusahan; menajak merumput dgn tajak, mengerjakan tanah dgn tajak; penajakan perbuatan (kerja) menajak; penajak orang yg menajak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padi bendang (paya, sawah) | padi yg ditanam di tempat-tempat berair. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tanah bendang | tanah (utk) sawah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padi bendang (paya, sawah) | padi yg ditanam di tempat yg berair; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanah bendang | tanah sawah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanah rang | Kd tanah bendang (sawah) yg terbiar atau tidak ditanami. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelung III | Kl 1. bendang (petak-petak); 2. lorong bencah, jalan sempit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
field | n 1. open tract of grassland, padang: cows grazing in the ~s, lembu-lembu yg meragut rumput di padang; 2. cultivated tract of land, ladang; (irrigated) sawah, bendang: ~s of wheat ripening under the sun, ladang-ladang gandum yg menguning disinari cahaya matahari; 3. wide expanse covered with substance named, medan, padang: the ice ~s around the North Pole, padang ais di sekitar Kutub Utara; lava ~, medan lava; 4. area rich in named resource, medan: the opal ~s of South Australia, medan baiduri Australia Selatan; gas ~s, medan gas; 5. area cleared and marked for purposes, padang: a football ~, padang bola sepak; a landing ~, padang mendarat; training ~, padang latihan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
gurindam | gurindam | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang berangkap dengan setiap rangkapnya terdiri daripada dua baris sejajar yang berpasangan dan berirama. Panjang baris gurindam tidak tetap seperti pantun dan syair. Setiap rangkap gurindam mengandungi satu tema atau idea yang lengkap. Baris pertama mengandungi semacam soalan atau syarat dan baris kedua jawapannya. Walaupun setiap pasangan baris bersifat utuh kendiri, tetapi makna gurindam menjadi lebih sempurna apabila dikembangkan dalam rangkaian yang berikutnya. Gurindam biasanya bersifat serius, isinya mengandungi nasihat, teguran dan pengajaran yang disebut secara langsung. Contoh yang popular ialah Gurindam Dua Belas karya Raja Ali Haji: Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Sehingga hari ini, konsep gurindam seperti yang diberi oleh Raja Ali Haji masih diguna pakai. Contoh gurindam semasa dapat dilihat dalam Gurindam Dulu dan Kini karya Khadijah Hashim: Dulu anak faham dijeling, Kini melawan ayah ditengking, Dulu ibu tiri jahat tak terkira, Kini ibu sendiri yang mendera. Dulu dilihat luas kebunnya, Kini dipandang banyak sahamnya. Dulu teruna riang di bendang, Kini mereka sibuk di kilang. Dulu mengkudu melacak di tanah, Kini dibotol minuman mewah. |
teka-teki | teka-teki | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: Gajah putih di tengah rumah (jawapannya kelambu) Manis di mulut masam di rambut (jawapannya: gula-gula getah) Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing) |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
ranau | sawah/bendang | - | - | - | - | - | Peralatan Pertanian dan Idea Berasosiasi | Bajau -> Bajau Tuaran |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
bendang | uma [uma] | Melanau Dalat | |
bendang | sawah. | kedayan | |
sawah | bendang | TETAW | |
padi | ~ bendang padik payak; | kedayan | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
babadon Kd | sejenis alat muzik tradisional yang diperbuat daripada batang padi. | Ketika ayah, emak dan kakak saya kepenatan menuai padi, saya pula sibuk mencuba memainkan Babadon tersebut. Kakak saya yang berulang-alik ke pondok untuk menghantar tuaian sering memarahi saya kerana lambat turun ke bendang. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb baru menetas. นับถือ [napt:] ก 1 menganut: ชายชาว ตะวันตกคนนั ้ นนับถือศาสนาอิสลาม Lelaki barat itu menganut agama Islam. 2 ดู เคารพ นัยน ์ ตา [naita:] น mata นา [na:] น sawah, bendang นากุ ้ ง [-ku] น kolam udang นาเกลือ [-kla] น kolam garam น ่ า [na:] ว sepatutnya: เมื่อวานเธอน ่ าจะ ไปภูเก็ตกับเขา Sepatutnya kamu ke Phu ket dengan dia semalam
|
Kamus Thai 2.indb ดู เดี๋ยวนี้ ทุกข ์ [tuk] น kedukaan: เขาต ้ องทนทุกข ์ หลังสามีตาย Dia menanggung kedukaan setelah kematian suaminya. ทุ ่ ง [tu] น padang ทุ ่ งนา [-na:] น sawah, bendang ทุ ่ งหญ ้ า [-ya:] น padang ragut ทุจร ิ ต [tutcari t] ก 1 menipu: เขาทุจริต ในการสอบ Dia menipu dalam peperik saan. ว 2 penipu: ตำรวจได ้ |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
bendang | [ben.dang] | بندڠ |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bendang |
|
Puisi |
---|
|
Laksamana mudik ke bendang, Seluar merah baru berjahit; Laksananya buah pedendang, Luarnya merah dalamnya pahit.
Lihat selanjutnya... |
|