Santa Fe Trail ialah salah satu jalan komersial yang paling panjang di Amerika Syarikat dalam era prakereta api. Jalan ini bermula di Independence, Missouri dan berakhir di Santa Fe, New Mexico, sejauh 1260 kilometer. Karavan pedagang bergerak ke Council Grove, Kansas dan terus ke Sungai Arkansas berhampiran Cimarron, Kansas. Di sana jalan itu berpecah. Satu cabang menuju ke Sungai Arkansas hingga ke Bents Fort (berhampiran La Junta, Colorado), kemudian berbelok ke barat daya menyeberangi Segenting Raton ke hulu Sungai Kanada di New Mexico. Satu lagi cabang yang dikenali sebagai Cimarron Crossing, merentasi dataran yang luas dan kering. Pengembara mengangkut barangan mereka menggunakan kuda dan kemudian menggunakan wagon. Santa Fe Trail dibuka pada tahun 1821. |