Maeterlinck, Maurice (18621949) ialah dramatis, penyair (pemuisi), ahli alamiah, dan ahli falsafah Belgium. Dia dianugerahi Hadiah Nobel tahun 1911 bagi kesusasteraan. Karya sastera Maeterlinck ialah karya simbolik dan falsafah. Dalam cerita-ceritanya, Maeterlinck mencadangkan mencari roh untuk kesempurnaan dan pemahaman karyanya yang paling terkenal, The Blue Bird (1908) merupakan cerita dongeng yang mengisahkan seorang kanak-kanak mencari keseronokan di serata tempat, tetapi akhirnya menemui keseronokan itu di rumahnya sendiri. Drama-drama ringkasnya yang lebih realistik, seperti The Blind dan The Intruder (kedua-duanya pada tahun 1891), merupakan kisah sedih yang menekankan keperluan mencari kasih sayang dan kegembiraan dalam kehidupan sehari-hari. Pelléas dan Mélisande (1893) ialah drama simbolik tentang kekasih unggul yang musnah kerana mencari kesempurnaan. |