Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
HIKAYAT PERCINTAAN KASIH KEMUDAAN | HIKAYAT PERCINTAAN KASIH KEMUDAAN, novel yang ditulis oleh Ahmad Kotot. Novel ini pertama kali diterbitkan dua jilid dengan tulisan Jawi setebal 268 halaman; 100 halaman pertama diterbitkan pada tahun 1927, manakala sambungan novel ini diterbitkan pada tahun 1928. | SASTERA | Karya |
PHILADELPHIA | Philadelphia ialah nama yang diberi kepada beberapa buah bandar oleh orang Yunani purba. Nama tersebut bermaksud kasih saudara . Salah satu ialah sebuah bandar di Lydia yang dibina pada tahun 100 S.M. oleh Raja Attalus II Philadelphus dari Pergamum. | UMUM | |
TENGKU ABU BAKAR HUSNY | TENGKU ABU BAKAR HUSNY (1919 1983), wartawan Indonesia. Dia dilahirkan di Langkat, Sumatera, Indonesia. Tengku Abu Bakar Husny berasal daripada kerabat diraja. Bapanya bergelar Tengku Panglima Setia Raja. Dalam penulisan sastera, Tengku Abu Bakar Husny lebih dikenal dengan nama Arita Kasih, A.B. Kasih dan Area Jembel. Nama-nama seperti A.B. Husny, Area Jembel dan T.A.B. Husny digunakan untuk menulis rencana dan kritikan, sementara Arita Kasih digunakan untuk sorotan cerpen dalam majalah Mastika setiap bulan. Dalam penulisan rencana terutama yang menyentuh hal yang berkaitan dengan kesenian atau kebudayaan, sejarah, isu luar negara, kertas kerja dan buku mengenai Pujangga Amir Hamzah, dia menggunakan nama sebenarnya iaitu Tengku Abu Bakar Husny. | SASTERA | Tokoh |
PATRIOTISME | Patriotisme ialah rasa cinta dan sokongan yang setia kepada negara. Patriotisme meliputi rasa kasih kepada tanah air dan penduduknya, rasa kagum akan adat resam dan tradisinya, rasa bangga akan sejarahnya dan penuh bakti kepada kesejahteraannya. Istilah ini membayangkan perasaan bersatu dengan negara. | UMUM | |
KOMPLEKS OEDIPUS | Kompleks Oedipus, suatu konsep yang digunakan dalam psikoanalisis, merupakan keinginan bawah sedar kanak-kanak untuk mendapatkan kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa yang bertentangan jantina. | UMUM | |
GHAZAL | GHAZAL, persembahan muzik dan nyanyian lagu-lagu Melayu yang bertemakan kasih sayang. Ghazal berasal daripada tradisi muzik Arab yang wujud sejak zaman jahiliah. Dalam bahasa Arab, ghazal bermaksud lagu dan puisi kasih. Dalam masyarakat Melayu, ghazal mempunyai pelbagai fungsi antaranya sebagai alat hiburan, meraikan upacara berkhatan dan perkahwinan. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
ILMU PENGASIH | ILMU PENGASIH, jampi, azimat, doa, ubat guna-guna dan seumpamanya yang digunakan oleh orang Melayu untuk menanam dan membangkitkan rasa kasih seseorang terhadap orang lain. Antara ilmu pengasih yang terdapat di kalangan masyarakat Melayu ialah ilmu tepuk bantal, pemanggil, penunduk dan nasi tangas. | BUDAYA | Konsep |
NARCISSUS | Narcissus, dalam mitos Yunani ialah seorang pemuda kacak yang cuba dipikat oleh ramai wanita. Walau bagaimanapun, dia dengan angkuh menolak mereka semua, termasuklah dewi Echo. Sebagai balasan terhadap kekejamannya itu, dewa- dewa menghukum Narcissus supaya merenung ketampanannya itu pada bayang-bayangnya dalam kolam di Gunung Helicon di Greece. Hari demi hari dia berbaring di tepi kolam, merenung dengan kasih pada bayangannya sehingga dia semakin kurus dan mati. Apabila pasukan pencari keluar untuk mencarinya, mereka hanya menjumpai sekuntum bunga, yang kini dipanggil narcissus. Echo juga semakin kurus kerana cintanya terhadap Narcissus dan akhirnya dia bertukar menjadi suara di dalam hutan. Versi terbaik Narcissus terdapat dalam Metamorphoses, iaitu koleksi cerita-cerita dongeng oleh penyair Roman, yang bernama Ovid. | UMUM | |
SURAT-MENYURAT | Surat-menyurat ialah satu kaedah komunikasi bertulis. Orang menulis surat untuk urusan perniagaan dan untuk tujuan peribadi. Surat urus niaga umumnya lebih rasmi daripada surat peribadi. Surat urus niaga termasuk untuk tujuan memohon pekerjaan, surat bantahan, surat untuk jualan menjual barangan dan surat peringatan. Surat peribadi termasuk surat kiriman antara anggota keluarga atau sahabat, surat undangan, dan nota ucapan terima kasih. | UMUM | |
AUSTEN, JANE | Austen, Jane (17751817), salah seorang penulis novel yang sangat digemari di England. Tulisannya mengandungi sindiran tentang institusi-institusi sosial pada zamannya. Dalam setiap satu daripada enam novelnya, mengisahkan seorang wanita bertemu dan mengahwini seorang lelaki selepas menempuh pelbagai kesukaran, yang sering kali melucukan. Halangan-halangan ini dapat membantu sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak mengenal diri mereka sendiri, yang diperlukan untuk perkahwinan yang bahagia. Tidak ramai penulis yang dapat menandingi kelebihan Jane Austen dalam mengenal pasti kelemahan manusia, gambarannya tentang hidup seharian yang penuh kasih sayang ataupun prosa-prosanya yang licik dan indah. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kasih (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara, Berantonim dengan benci
2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati, Berantonim dengan benci
| Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani, |
|
Puisi |
---|
|
Bagaimana nak tanam selasih, Tanamlah mari di rumpun keladi; Bagaimana hati nak kasih, Kasih bercampur denganlah budi.
Lihat selanjutnya... |
|