Abu Hurayrah (21 S.H.59 H./602 M.679 M.),  salah seorang sahabat yang setia dan keturunannya  berasal daripada kabilah al-Azd. Nama penuhnya  ialah Abd al-Rahman ibn Shakr al-Dawsiy. Dia  dibesarkan dalam keadaan yatim pada zaman Jahiliah.  Yang pasti, dia memeluk Islam melalui al-Tufayl ibn  Amru al-Dawsiy yang datang menemui Rasulullah  SAW. Sebelum Hijrah, Abu Hurayrah r.a. bersama-sama  kaum kerabatnya yang memeluk Islam tidak  bergabung dengan Rasulullah SAW melainkan  setelah tamat pembukaan Khaybar. Abu Hurayrah  datang dengan 80 orang kabilah Daws yang  memeluk Islam. Kebetulan kedatangan mereka  ketika orang Muhajirin baru kembali dari Habsyah,  yang diketuai oleh Jafar ibn Abi Talib r.a. Rasulullah  SAW meraikan mereka dengan memberikan  sebahagian harta rampasan Khaybar. Abu Hurayrah  sentiasa mendampingi Rasulullah SAW dan menjadi  ketua ahli al-Suffah di Masjid Nabawi.  |