Norway ialah sebuah negara yang panjang dan sempit, terletak di tebing barat laut benua Eropah. Satu per tiga daripada kawasan utara Norway terletak di atas Bulatan Artik dan negara ini dinamakan Negara Matahari Tengah Malam. Oleh sebab kawasan ini terletak begitu jauh ke utara, ia mengalami musim panas yang panjang apabila matahari bersinar 24 jam sehari. Oslo, ibu negara Norway dan bandar terbesar, terletak di bahagian selatan negara ini. |