Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
LULUH HAWA KIMIA | Luluh hawa kimia, penguraian mineral dalam batuan yang melibatkan perubahan kimia pada mineral berkenaan. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
LULUH HAWA FIZIKAL | Luluh hawa fizikal, pemecahan atau penyepaian bahan di permukaan bumi tanpa mengubah kandungan kimianya. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
SITI HAWA HAJI SALLEH | SITI HAWA HAJI SALLEH (1940- ), penyelidik kesusasteraan Melayu klasik. Dia lahir pada 1 Mei 1940 di Alor Setar, Kedah. Setelah mendapat pendidikan di Sultanah Asma School dan Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar, dia meneruskan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang pengajian Melayu (1961-1963). Dia mendapat ijazah sarjana dari universiti yang sama pada tahun 1966 dengan disertasi bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa: Suatu Kajian Teks. Pada tahun 1971 hingga tahun 1995, dia berkhidmat di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia. Dia memperoleh ijazah Doktor Falsafah dari UKM pada tahun 1994. Pada tahun yang sama, Siti Hawa dilantik sebagai profesor Kesusasteraan Melayu Tradisional di Jabatan Persuratan Melayu, UKM. Setelah bersara wajib pada tahun 1995, dia meneruskan tugas di tempat yang sama sebagai profesor kontrak. | SASTERA | Tokoh |
LULUHAWA ORGANIK | Luluh hawa organik ialah proses pemecahan batuan dan mineral melalui tindakan manusia, tumbuhan, haiwan, dan bakteria. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
AHLI SUNNAH | Ahli Sunnah ialah golongan yang mengikut dan berpegang pada Sunnah yang terdiri dari kalangan sahabat dan sesiapa yang mengikut mereka dengan baik sehingga hari kiamat. Ibn Rajab berkata: Al-Sunnah ialah perjalanan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya yang bersih daripada syubahat dan hawa nafsu. | UMUM | |
DEGRADASI | Degradasi, proses yang melibatkan perendahan permukaan bumi yang lazimnya dilakukan oleh agen seperti atmosfera dan glasier. Proses utama termasuklah luluh hawa mekanikal, lelasan sungai, dan glasier. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
ENAPAN | Enapan ialah batu pelbagai saiz, pasir atau lumpur yang diangkut oleh agen hakisan dan dibawa ke tempat lain. Ia diangkut oleh air, angin atau glasier setelah batuan asal diluluh hawa dan dihakis, dan kemudian dilonggok pada dasar lembah takungan sama ada di sungai, tasik, lautan atau padang pasir. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
MAMANDA | MAMANDA, teater rakyat Kalimantan Selatan, Indonesia yang bermula dan berkembang sejak akhir abad ke-19. Teater ini bermula daripada kumpulan bangsawan Abdul Muluk atau lebih dikenal dengan nama Komedi Indra Bangsawan yang ditubuhkan di Banjarmasin pada tahun 1897. Kumpulan ini dipimpin oleh Ibrahim bin Wangsa dan isterinya Hawa yang berasal dari Melaka. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
SYAIR SULTAN MAULANA | SYAIR SULTAN MAULANA, puisi Melayu tradisional. Naskhah syair ini ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi dan mempunyai 1 102 rangkap. Nama pengarang syair ini tidak diketahui dengan tepat tetapi ialah seorang pembesar yang ikut serta dalam peperangan antara Siam dengan Burma untuk merebut Pulau Jong Salang. Pembesar ini daripada angkatan Kedah yang diperintahkan oleh Siam untuk membantu mereka. Pengarang menghasilkan karya ini atas kehendaknya sendiri. Syair ini dinamakan Syair Sultan Maulana mengambil sempena nama Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah (1797-1845). Syair Sultan Maulana telah diterbitkan pada tahun 1980 oleh Penerbit Universiti Malaya dengan tajuk Syair Sultan Maulana; Suatu Penelitian Kritis tentang Hasil Persejarahan Melayu Tradisional. Pada tahun 1985, C. Skinner telah menghasilkan buku The Battle for Junk Ceylon (Syair Sultan Maulana) dan pada tahun 1986, kajian oleh Siti Hawa Salleh Review: The Battle for Junk Ceylon Edited by C. Skinner. | SASTERA | Konsep |
|
|