Sungai Limpopo ialah sungai utama yang mengalir sejauh 1600 kilometer di tenggara Afrika (lihat Afrika Selatan [peta rupa bumi]). Sungai Limpopo berpunca dari tanah tinggi dan memisahkan Provinsi Utara di timur laut Afrika Selatan dari Botswana dan Zimbabwe sebelum menyeberangi Mozambique dan masuk ke Lautan Hindi. Rudyard Kipling menggambarkan sungai tersebut dalam ceritanya, The Elephants Child, sebagai Limpopo yang hebat, berwarna kelabu-hijau dan berminyak. Ia juga dikenali sebagai Sungai Buaya. Jarak 97 kilometer yang terakhir di hilir sungai ini ialah kawasan air yang mengalami pasang surut. Ke hulu dari tempat ini, sungai tersebut berubah-ubah daripada lelehan air yang sedikit pada musim kering sehinggalah kepada banjir yang besar pada musim hujan. Sungai Olifants ialah cabang utama Sungai Limpopo. |