Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
EMPAYAR MALI | Empayar Mali ialah empayar orang kulit hitam yang berkembang pesat di Afrika barat dari sekitar tahun 1240 hingga tahun 1500. | UMUM | |
ALBIGENS | Albigens ialah sekumpulan orang yang dinamakan sempena nama Albi, sebuah bandar di selatan Perancis. Mereka ialah sebahagian daripada taifah yang dinamakan Cathari , yang berkembang pesat di beberapa bahagian di Perancis, Jerman, dan Itali pada tahun 1100-an dan 1200-an. Kumpulan Albigens percaya bahawa prinsip kebaikan dan kejahatan terus bertentangan dengan satu sama lain di dunia. | UMUM | |
MAHARASHTRA | Maharashtra ialah negeri di bahagian utara pantai barat India. Pusat utama negeri ini ialah Mumbai, juga dikenali sebagai Bombay, iaitu ibu kota perdagangan bagi India. Maharashtra ialah negeri pertanian dengan sektor industri yang berkembang pesat. | UMUM | |
THAILAND | Thailand ialah negara tropika di Asia Tenggara. Penduduk Thailand dikenali sebagai orang Thai dan kebanyakannya petani dan tinggal di kampung yang kecil. Walaupun begitu, ekonomi Thailand merupakan salah satu paling membangun di dunia, dan pusat bandarnya berkembang pesat. Hampir enam juta penduduk tinggal di Bangkok, ibu negara dan bandar raya terbesar Thailand. Thailand adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh kuasa Barat. Sejarah penduduk Thai bermula dari tahun 1238 apabila Kerajaan Sukhotai diasaskan di tempat yang kini dikenali sebagai Thailand. Sepanjang sejarahnya, negara ini dikenali sebagai Siam. Pada tahun 1939, negara ini dengan rasminya menggunakan nama Thailand. | UMUM | |
PEKANBARU | PEKANBARU, kotamadya dan ibu kota Propinsi Riau, Sumatera, Indonesia. Luas wilayahnya ialah 446, 50 km persegi yang terdiri daripada lapan kecamatan dan 45 desa. Pekanbaru adalah kota pelabuhan yang berperanan cukup besar dalam mengeksport hasil hutan dan minyak dari Propinsi Riau. Kota ini berkembang pesat dengan pembukaan kawasan cari gali minyak di Duri, Minas, Dumai, Pedada dan Lirik. Kota ini juga merupakan pusat pemasaran hasil bumi, antara lain getah dan kayu rimba, dari daerah sekitarnya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SISTEM PENYIARAN MALAYSIA | SISTEM PENYIARAN MALAYSIA, sistem penyebaran maklumat di Malaysia. Sistem penyiaran di Malaysia mengambil kira faktor politik, ekonomi, sosial dan teknologi telekomunikasi dan penyiaran. Sejarah menunjukkan bahawa bidang penyiaran di Malaysia bermula dengan radio wayarles yang diterokai dan dipengaruhi British pada dekad 1920-an. Bermula sebagai hobi di kalangan peminat radio amatur British dan sekumpulan rakyat tempatan, akhirnya menjadi suatu industri yang berkembang pesat selari dengan kehendak pasaran serta evolusi teknologi komunikasi mutakhir. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
DIALEK MELAYU MAKASSAR | DIALEK MELAYU MAKASSAR, dialek yang berasal daripada ragam Melayu yang dituturkan pada awal abad ke-17 di bandar Makasar, Sulawesi, Indonesia. Selain bahasa Sulawesi Selatan, bahasa Melayu sudah amat luas digunakan juga di bandar yang pada ketika itu berkembang pesat sebagai pelabuhan utama dalam perdagangan rempah. Peranan bahasa Melayu pada zaman itu dapat dibuktikan dengan merujuk keterangan orang Eropah yang menyaksikan fungsi bahasa itu dan dengan membaca karya sastera Melayu yang dikarang di Makasar pada masa itu, seperti Syair Perang Makasar. | BAHASA | Bahasa |
FILEM MELAYU | FILEM MELAYU, sumber hiburan baharu orang Melayu yang mula berkembang di tanah Melayu pada awal tahun 1900. Pertunjukan filem secara komersial bermula pada tahun 1907 di Singapura apabila sebuah panggung wayang yang pertama bernama Alhambra didirikan oleh pengusahanya, Tuan Willis. Selain itu, filem juga ditayangkan di dewan-dewan dari satu bandar ke satu bandar dan di kawasan lapang di bandar-bandar kecil. Dengan kegiatan ini, perusahaan penayangan filem menjadi satu perniagaan baharu dan berkembang pesat di Tanah Melayu pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA | BAHASA MELAYU PRAMERDEKA, bahasa Melayu ang digunakan sebelum tahun 1957. Bahasa Melayu ini tidak berkembang dengan meluas dan pesat. | BAHASA | Konsep |
SELANGOR | Selangor (pend. 2 289 236) ialah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia, keluasannya 8200 kilometer persegi, berada di antara garisan lintang 3 ° 40 dan 2 ° 30 utara. Ibu negerinya Shah Alam sementara bandar diraja ialah Kelang yang terletak di bahagian barat negeri itu. Shah Alam menjadi ibu negeri Selangor dan pusat pentadbiran pada tahun 1980 setelah mengalami perubahan pesat baik dari segi infrastruktur mahupun kependudukan. Ini disebabkan kawasan Shah Alam lebih luas dan mempunyai perancangan bandar moden yang lebih sistematik. Shah Alam semakin berkembang dengan mempunyai beberapa buah hotel mewah dan kawasan perindustrian dan pelancongan. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kembang (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan mekar: kekar, membengkar, mulur, terbuka, Berantonim dengan kuncup
2. Dalam konteks masakan bersinonim dengan muai, bangkit, naik, Berantonim dengan batat
| Kata Terbitan : berkembang, mengembangkan, memperkembangkan, perkembangan, pengembangan, |
|
|