Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TAMADUN AEGEAN | Tamadun Aegean mencakupi empat budaya yang berkembang di pulau dan di pesisir Laut Aegean antara tahun 3000 S.M. hingga tahun 1200 S.M. Budaya ini dikenali sebagai budaya Cyclade, Minos, Mycenaear, dan Trojan . Budaya Cycladik berkembang di gugusan pulau yang disebut sebagai Kepulauan Cyclad. Budaya Minos muncul di pulau Crete dan budaya Mycenaean berkembang di tanah besar Greece. Budaya Trojan berpusat di bandar purba Trojan, yang kini terletak di bahagian barat laut Turki. | UMUM | |
TAMADUN PURBA | Tamadun Purba adalah satu istilah yang membawa pengertian tamadun-tamadun yang berkembang luas pada zaman silam. Istilah ini digunakan khas bagi menunjukkan cara kehidupan yang terdapat di sekitar Laut Mediterranean dari tahun 3000 S.M. hingga kejatuhan Rom pada tahun 476 M. Ia juga termasuk tamadun besar yang berkembang luas, iaitu yang dibina oleh orang Assyria, Mesir, Ibrani (Hebrew) dan Parsi. | UMUM | |
SASTERA RUSIA | Sastera yang berkembang dan diamalkan oleh masyarakat di negara Rusia. | SASTERA | Konsep |
SASTERA AMERIKA LATIN | Sastera yang berkembang di Amerika Latin. | SASTERA | Konsep |
EMPAYAR KUSHAN | Empayar Kushan berkembang maju dalam daerah yang kini dikenali sebagai Pakistan, Afghanistan, dan kawasan barat laut India, pada kira-kira tahun 50 M hingga pertengahan tahun 200-an M. | UMUM | |
SASTERA ARAB MESIR | Sastera yang wujud dan berkembang di kalangan penduduk Mesir. | SASTERA | Konsep |
ANGKOR | Angkor ialah tamadun awal yang berkembang subur di barat laut Kemboja sejak awal tahun 800- an hingga 1400-an. Ibu negeri yang paling terkenal bagi tamadun ini juga dinamakan Angkor atau Angkor Thom. | UMUM | |
ATOMISME | Atomisme ialah pandangan falsafah yang berkembang di Greece pada tahun 400-an S.M. Atomis percaya bahawa unsur asas realiti ialah atom zarah jirim yang tidak boleh dibahagikan, tidak boleh dimusnahkan, yang bergerak dalam ruang. Mereka menyangka bahawa atom mempunyai pergerakan asal, tetapi juga berlanggar dan melantun. Akibat pergerakan ini, dunia terbentuk, wujud untuk beberapa lama, dan kemudiannya lenyap. Dunia ini dan objek fizikal yang wujud di atasnya berbeza hanya dari segi saiz, bentuk, dan kedudukan atomnya. | UMUM | |
EKSISTENSIALISME | Eksistensialisme ialah gerakan falsafah yang berkembang di benua Eropah pada tahun 1800- an dan 1900-an. Gerakan ini dikenali sebagai eksistensialisme kerana pada dasarnya sebahagian besar ahlinya berminat dengan tabii kewujudan, atau ada. Istilah kewujudan biasanya bermaksud kewujudan manusia. | UMUM | |
EBLA | Ebla merupakan sebuah kerajaan yang berkembang maju pada tahun 2000 SM yang terletak di utara Syria. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kembang (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan mekar: kekar, membengkar, mulur, terbuka, Berantonim dengan kuncup
2. Dalam konteks masakan bersinonim dengan muai, bangkit, naik, Berantonim dengan batat
| Kata Terbitan : berkembang, mengembangkan, memperkembangkan, perkembangan, pengembangan, |
|
Puisi |
---|
|
Ini lagu serampang laut, Pulau Tamu jauh sepadan; Layar berkembang kemudi dipaut, Tidak laju celaka badan.
Lihat selanjutnya... |
|