Renoir, Jean (18941979) ialah pengarah filem Perancis. Filemnya banyak mendedahkan kelemahan manusia dan mencemuh sikap masyarakat. Bagaimanapun, filemnya juga menunjukkan belas kasihan terhadap manusia dan kegagalan mereka. Renoir telah mengarah 36 buah filem termasuk dua buah filem yang paling digemari ramai. Satu daripadanya, The Grand Illusion (1937) mengkritik kesia-siaan perang dan The Rules of the Game (1939) menyindir perhubungan di kalangan orang kelas atasan pada sebuah parti hujung minggu. |