SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung serindit di sawah padi, Habis pulut dimakan tempua; Tidak sakit atau mati, Lambat laun berjumpa jua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSakit saya kena cepu, Tidak sakit kumbang menyengat; Sakit saya kerana tipu, Dalam tipu tidak ingat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTidak tahan sakit kaki, Kena duri dalam petak; Tidak tahan sakit hati, Orang menyindir dalam gelak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRakit buluh dari seberang, Hanyut sampan tidak berarah; Sakit bercinta badan seorang, Bagai kutepuk tangan sebelah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAwak di mana kalam? Kalam di rumah tukang surat; Mengeluh juga tengah malam, Sakit nan tidak dapat ubat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHanyut rakit dari hulu, Mati pelanduk ditanduk rusa; Alangkah sakit menanggung rindu, Orang tidak menimbang rasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tidak Sarawak sempit, Di situ juga jalan kuda; Maaf saya suaraku sakit, Ke situ juga melihat harta. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSampai ke tepi terkena duri, Duri dibuang sakit pun hilang; Kalau ayah tidak memberi, Adik hendak mengikut abang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTuan boleh hilir ke kuala, Naik rakit tidak berperahu; Tuan kata bergurau senda, Hati sakit tuan tak tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRakit buluh dari seberang, Dulang terletak atas geta; Sakit sungguh kasih seorang, Orang tidak kasihkan kita. |
|
Puisi |
---|
|
Sakit saya kena cepu, Tidak sakit kumbang menyengat; Sakit saya kerana tipu, Dalam tipu tidak ingat.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 70 If the cap fits, wear it Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita. Siapa yang luka menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer. Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa yang luka menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh!" tempelak pengeluar filem itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|