SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTidak dapat direnang-renang, Air di laut datang dan hilang; Tidak dapat dikenang-kenang, Airlah mata jatuh berlinang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJikalau tidak hujan di bukit, Keduduk tidak berbunga lagi; Jikalau tidak dapat bujang berjoget, Saya tidak menari lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTidak dapat dikenang-kenang, Kalau dikenang mabuk kepayang; Jangan disangka airnya tenang, Tempat di situ buaya berenang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTidak dapat dikira-kira, Air mata jatuh segera; Karam di laut angin di udara, Karam di hati kerana cinta. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSudahlah padi padiku juga, Padi tak dapat direbah lagi; Sudahlah hati hatiku juga, Hati tidak dapat diubah lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSudahlah padi padiku juga, Padi tak dapat direbah lagi; Sudahlah hati hatiku juga, Hati tidak dapat diubah lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBetik manis buah papaya, Manis tidak dapat kulupa; Riuh rendah sorak ketawa, Saya seorang berdukacita. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPukul empat pukul lima, Pukul enam hari siang; Tidak dapat macam selama, Biar menjadi debu melayang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanam pinang rapat-rapat, Senang puyuh berlari; Sudah pinang tidak dapat, Pujuk-pujuk bawa lari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPagi hari mandi di perigi, Mandi di sana banyak juga; Kalau tidak dapat tahun ini, Tahun depan kuambil juga. |
|
Puisi |
---|
|
Jikalau tidak hujan di bukit, Keduduk tidak berbunga lagi; Jikalau tidak dapat bujang berjoget, Saya tidak menari lagi.
Lihat selanjutnya... |
|