SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tuan membelah jati, Belah jangan terlampau panjang; Jangan tuan berkecil hati, Saya memohon izin pulang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHarap-harap makan dijerat, Ubi dimakan kerbau jantung; Harap saya terlampau berat, Di manakah tempat hamba bergantung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Kelebang ikan gelama, Dalam peti beras dikisau; Abang pergi terlampau lama, Hati saya bertambah risau. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLimbai-limbai naik ke lampau, Anak raja datang bersembah; Kalau sudah budi terlampau, Bukannya kurang makin bertambah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDatang cikgu menanam kacang, Ditanam oleh anak sekolah; Hendak menembak burung terbang, Burung terbang terlampau payah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke pekan ke Kota Satu, Singgah menanak sederaman minyak; Tubuh hitam semacam itu, Kampung kami terlampau banyak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari mana hendak ke mana, Dari Jepun ke bandar Cina; Wahai tuan tumpang bertanya, Burung terbang terlampau lama. |
|
Puisi |
---|
|
Harap-harap makan dijerat, Ubi dimakan kerbau jantung; Harap saya terlampau berat, Di manakah tempat hamba bergantung.
Lihat selanjutnya... |
|