SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNak takuk, takuklah, Supaya senang hendak meniti; Nak katuk, katuklah, Jangan sampai menjadi mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPasang kelambu tepi jendela, Supaya senang pintu dikunci; Biar beribu dara dan janda, Saya memilih yang baik budi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisau kecil baik dikilir, Supaya deras matanya tajam; Hujan di hulu hujan di hilir, Gunung tinggi bilakah karam? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPada berbini baik bujang, Supaya jangan jadi terhutang; Intan manikam cahaya bintang, Terang semacam lilin dipasang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak ayam turunnya tiga, Mati seekor tinggalnya dua; Supaya tahu jalan ke syurga, Hilai-hilai dimakbulkan doa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak ayam turun empat, Mati seekor tinggalnya tiga; Supaya hamba membaca sifat, Lekas juga jalan ke syurga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBudak-budak baik mengaji, Lagi alim lagi terpuji; Cukup bekal naik haji, Supaya dapat syafaat nabi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak ayam turunnya lima, Mati seekor tinggalnya empat; Budi Tuhannya sudah diterima, Supaya hambanya membaca sifat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tuan bawa perahu, Muatan isi buah berangan; Hendak berbudi biar selalu, Supaya boleh buat kenangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLubuk Danti tepian Danta, Buaya mudik tenang-tenang; Kunci hati tutuplah mata, Supaya badan rasa senang. |
|
Puisi |
---|
|
Pasang kelambu tepi jendela, Supaya senang pintu dikunci; Biar beribu dara dan janda, Saya memilih yang baik budi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 335 Look before you leap Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru). Pukul anjing tengok-tengok tuannya I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one. Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|