SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSedih sungguh teringatkan bukit, Kerana bukit tiada berkayu; Sedih sungguh teringatkan adik, Kerana adik tiada beribu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIkan putih terenang-renang, Anak sepat dari muara; Sungguh sedih bila dikenang, Sahabat setia buat angkara. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBeras pulut bercampur padi, Laksamana memanah dulang; Di mulut sedih di hati, Belum ada anak seorang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsam kandis buah papaya, Hendak dimakan bersama kelapa; Hati sedih tidak terkira, Kerana lama tidak berjumpa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak tebu tempatku mandi, Layang-layang di Padang Semu; Jangan sedih dalam hati, Ada hayat boleh bertemu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAwan berarak perlahan-lahan, Ditiup angin ke negeri Champa; Hati sedih tidak tertahan, Ingin selalu hendak berjumpa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Damak dalam hutan, Hendak menyumpit di tengah hari; Alangkah sedih serta kasihan, Sedangkan bertunang haram tak jadi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDaun selasih si daun bayam, Bunga teratai di tengah laman; Rasa sedih tidur seorang, Peluk ke bantal buatlah teman. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina minum ramsih, Minumlah minum muka pintu; Kenapa abang berasa sedih, Kami bersua mereka lagu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAir panas sedang mendidih, Untuk dibuat air kopi; Selama ini hati adik sedih, Takut abang meninggal pergi. |
|
Tesaurus |
---|
| sedih (kata nama) | Bersinonim dengan sedan, isak, sedu, sedu-sedan, tangis, senggukan, esakan., | | Kata Terbitan : sedih2, bersedih, menyedihkan, penyedih, kesedihan, |
|
Puisi |
---|
|
Ikan putih terenang-renang, Anak sepat dari muara; Sungguh sedih bila dikenang, Sahabat setia buat angkara.
Lihat selanjutnya... |
|