SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tuan membuat sangkar, Pasangnya rapat-rapat; Lemah liat kayu akar, Dilentur boleh dipatah tak dapat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuluh ditutuh dibuat sangkar, Hendak menyangkar burung nuri; Langit runtuh bumi terbakar, Ke mana awak melari diri? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari jauh bermalam datang, Tetak sangkar pancung kemudi; Darilah jauh kamilah datang, Mendengar tuan baik budi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke hutan mencari akar, Sambil duduk bersiar-siar; Sebab dipikat burung di sangkar, Burung di hutan terlalu liar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKapal belayar menyusur bukit, Satu kapal dua serombong; Bagaimana hati tak sakit, Satu sangkar dua burung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa akal kita ke Bangkalih, Buah kundur belah dua; Apa akal nak bagi boleh, Satu sangkar burungnya dua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain pelikat corak bersegi; Isi di dulang hendak dihantar; Kalau pemikat baik budi, Burung terbang pulang ke sangkar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain pelikat corak bersegi; Isi di dulang hendak dihantar; Kalau pemikat baik budi, Burung terbang pulang ke sangkar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAyam hutan terbang ke hutan, Hinggap di tanah mencari makan; Hendak memikat burung di hutan, Burung di sangkar mati tak makan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMari menanam pokok rambutan, Pergi ke hutan mencari akar; Sungguh banyak burung di hutan, Mengapa dipikat burung di sangkar. |
|
Tesaurus |
---|
| sangkar (kata nama) | Bersinonim dengan sangkaran, kurungan, sangkak, petarangan, terak, serang, kerangkengan, celung, sangluat, reban, kandang, sendong, pasung;, | | Kata Terbitan : menyangkarkan, |
|
Puisi |
---|
|
Buluh ditutuh dibuat sangkar, Hendak menyangkar burung nuri; Langit runtuh bumi terbakar, Ke mana awak melari diri?
Lihat selanjutnya... |
|