SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPetang-petang pergi ke rimba, Pergi ke rimba menarah papan; Petang-petang hatiku hiba, Nasi sesenduk tidak termakan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang di rimba tumbuhnya rotan, Tumbuh menjalar di luar kota; Siang malam jadi sebutan, Adinda seorang hanya tercinta. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBagaimana tidak di rimba, Lalu jatuh dari durinya; Bagaimana tidak dicinta, Hatiku hancur mengenang budinya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerteriak burung di rimba, Parak bertagur di hujung kayuan; Anjang perak layar kesumba, Seperti pungguk merindu bulan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan turun di rimba belukar, Anak itik dikepung nyonya; Bertahun-tahun gunung terbakar, Embun setitik jadi pemadamnya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKampung Jambak menyisir rimba, Di balik kampung Mandaling; Sedang dusanak lagi tak hiba, Konon kok orang berkeliling. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSelayak burung di rimba, Padi emping tiga tangkai; Ikutkan layak badan dah tua, Nak mati bertindih bangkai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSelayak burung di rimba, Padi emping tiga tangkai; Ikutkan layak badan dah tua, Nak mati bertindih bangkai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKemuning kayu di rimba, Mari digenggam padam baranya; Putih kuning tidur di riba, Bentangkan tikar banyak bahayanya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiYam Tuan pergi ke rimba, Tangkap merbuk pandai berlagu; Janganlah tuan mencabar hamba, Takut penumbuk hinggap ke dagu. |
|
Puisi |
---|
|
Sayang di rimba tumbuhnya rotan, Tumbuh menjalar di luar kota; Siang malam jadi sebutan, Adinda seorang hanya tercinta.
Lihat selanjutnya... |
|