SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang mengkodok di tanjung-tanjung, Sayang lengkuas di padang-padang; Jangan tidak cuba berlindung, Supaya puas kita berpandang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumput padang tumbuh di padang, Sayang keduduk tidak berbunga; Asal dagang pulang ke dagang, Kalau duduk tidak berguna. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk padang tumbuh ke padang, Pucuk keduduk siapa punya; Orang dagang pulang ke dagang, Orang duduk siapa punya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaja bertiga datang ke padang, Datang ke padang membeli baju; Fasal saja duduk bergendang, Duduk bergendang melepas malu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina turun ke padang, Sampai ke padang hatinya meradang; Kalau benci tuan memandang, Keratlah saya dengan pedang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPadang sudah ke Muar belum, Anak Cina berjual daging; Pandang sudah bertemu belum, Ibarat bunga dalam cermin. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPadang lampung berbambu perindu, Kuini cempedak tumbuh melata; Sedangkan sekampung hatiku rindu, Inikan pula jauh di mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang Padang lalu berempat, Kok koyak tepi kainnya; Nan hilang tidakkan dapat, Cari nan lain kan gantinya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang Padang berukir-ukir, Membuat ukiran di kayu jati; Terpandang tuan sedang berfikir, Saya merasa sakit hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang Padang lalu berempat, Di balik pohon kenanga; Sudah hilang di mana nak dapat, Ambil kertas lukiskan nama. |
|
Puisi |
---|
|
Rumput padang tumbuh di padang, Sayang keduduk tidak berbunga; Asal dagang pulang ke dagang, Kalau duduk tidak berguna.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 116 So many countries, so many customs Lain negeri, lain pula cara, peraturan dan adat resam. Lain padang, lain belalang. So many countries, so many customs. What is considered a friendly gesture in one country may be seen as impudent in a another. So, be careful. Lain padang, lain belalang. Sesuatu yang dianggap sebagai tanda persahabatan di sebuah negara mungkin dianggap biadap di negara lain. Jadi, berhati-hatilah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|