SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang berperang dalam negeri, Negeri bernama Inderagiri; Mandi berlimau panau berseri, Hendak memikat tuan puteri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNegeri Acheh negeri aman, Anak tekukur terbang deras; Bunga setangkai di dalam taman, Belum gugur belumlah puas. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan emas negeri orang, Hujan batu negeri sendiri; Abang jauh duduk seorang, Adik di sini ternanti-nanti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang emas jangan ditebang, Batang lain banyak lagi; Hujan emas negeri orang, Tidak sama negeri sendiri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNegeri Perlis bandaraya Kangar, Pasar jaja ikan pelotan; Dinda tak nampak tetapi dengar, Tentu sahaja kerja syaitan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNegeri Perlis Indera Kayangan, Tempat orang mengambil baja; Kalau sudah rasa berkenan, Siaplah duit untuk belanja. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNegeri Perlis Indera Kayangan, Tuanku Raja Syed Alwi; Kalau boleh bang duk angan-angan, Aku nak puasa tiga hari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJika negeri api di pinggir, Api Cina berdayung tongkang; Datang ke sini mencari fikir, Dayunglah sudah dilayar orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDua negeri sedang berperang, Belum tentu saya berjaya; Berapalah tajam pisau dan parang, Tajamlah lagi mulut manusia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSingapura negeri selat, Selat bernama Johor Bahru; Pura-pura tidak dilihat, Tapi hati bagai digaru. |
|
Puisi |
---|
|
Negeri Acheh negeri aman, Anak tekukur terbang deras; Bunga setangkai di dalam taman, Belum gugur belumlah puas.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 260 East, west, home's the best Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best. Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|