SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHutan melarat dimakan api, Pokok ditanam habis mati; Intan manikam mahligai hati, Kalau hilang payah berganti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau upih katakan upih, Kalau seludang jatuh melarat; Kalau boleh katakan boleh, Jangan saya terharap-harap. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang ke barat Pulau Peringgi, Buah padi buah jeranang; Saya melarat membawa diri, Sebab membawa hati tak senang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang ke darat air dah surut, Rumah sebesar menyingkil air; Hati melarat jangan diturut, Jangan memotong dengan takdir. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain corak bertali tangsi, Sampan sarat bermuat barang; Awan berarak ditangisi, Badan melarat di rantau orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBaju cik tangan sekerat, Habis minyak sebelah bahu; Perkara sedikit jangan duk melarat, Kerana nanti banyak orang tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTelur angsa sarang setalam, Cendana sarang tempurung; Embun menitik serata alam, Nyawa melarat seperti burung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBatu kinyang jauh ke darat, Jalan kereta setengah hari; Makin dikenang makin melarat, Makin dicinta tambah berai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak rusa lari ke barat, Sampai di barat makan ubi; Sementara gila belum melarat, Carilah bomoh untuk mengubati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina berkain satin, Sudah satin sakhlat pula; Dagang hina lagi miskin, Sudah miskin melarat pula. |
|
Puisi |
---|
|
Kalau upih katakan upih, Kalau seludang jatuh melarat; Kalau boleh katakan boleh, Jangan saya terharap-harap.
Lihat selanjutnya... |
|