| 
	
                            
		
			
				
					
  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak kuda mati direjam, Mati telentang tepi padang; Memang ada senjata tajam, Saya tunggu apa yang datang. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak yu mati terlentang, Mati ditikam duri semilang; Pilu hati bukan kepalang, Gunung tinggi menjadi padang. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak pipit mati terhimpit, Mati dipanah kumbang hijau; Santaplah tuan pinang bergigit, Saya nak membelah tidak berpisau. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnaklah tikus mati berenang, Mati berenang dalam perahu; Kasihlah putus hati mengenang, Di dalam hati siapakan tahu. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak kerbau mati tertambat, Mati tertambat di pohon bunga; Selama ini baru mendapat, Mendapat tuan bijak laksana. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak kerbau mati tertambat, Mati tertambat di pohon pandan; Baru sekarang saya mendapat, Terasa nyawa pulang ke badan. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak kerbau mati tertambat, Mati tertambat di perdu buluh; Ini sekarang baru kudapat, Dapat panggul kumbang berteduh. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJikalau mandi bersama mandi, Sama seceduk sama sepapan; Jikalau mati bersama mati, Sama setiang sama sekapan. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendak mandi marilah mandi, Satu sumur kita berdua; Hendak mati marilah mati, Satu kubur kita berdua. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendak mandi mari mandi, Satu gayung kita berdua; Hendak mati mari mati, Satu kubur kita berdua. |  | | Puisi | 
|---|
 |  |  | 
 Anak yu mati terlentang,
 Mati ditikam duri semilang;
 Pilu hati bukan kepalang,
 Gunung tinggi menjadi padang.
 
 
 
 Lihat selanjutnya...
 | 
| Peribahasa | 
|---|
 |  |  | 452 In for a penny, in for a pound
 Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.
 Mati-mati berminyak biar licin
 I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.
 Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi mati-mati berminyak biar licin. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.
 Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
 
 
 Lihat selanjutnya...
 | 
 |