SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerapa mahal gula putih? Mahal lagi gula jawa; Berapa lama kita berkasih? Biar sama membuang nyawa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukanlah mahal harga perabot, Tidak ternilai tinggi harganya; Harta orang jangan direbut, Kalau direbut buruk padahnya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang kedelat pinang kedeli, Pelepah jangan ditunggangkan; Sirih mahal pinang dibeli, Sepah jangan dibuangkan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBeli kuda baik dipacu, Pacu oleh budak-budak; Mahal sutera beli belacu, Tampal-tampal berkain juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang berkuda lalu dipacu, Pacu oleh budak-budak; Mahal sutera beli belacu, Tampal-tampal berkain juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa bekal pergi ke Cempa, Untuk makan dalam perahu; Biar mahal barang ditempa, Jika borong saya tak mahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMari masak dengan santan, Ikan duri panjang setual; Belum tahu bencana intan, Mahal beli murah dijual. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari jauh bermalam datang, Hendak menuju pergi Kemboja; Jika sudah terkata langsung, Mahal dan murah ikut harga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKinabalu bertanggalah pati, Ambil gemala di mulut naga; Jikalaulah sudah kehendak di hati, Mahal dan murah turuti harga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKinabalu bertangga peti, Ambil gemala di mulut naga; Kalau sudah paksa di hati, Mahal murah baik harga. |
|
Puisi |
---|
|
Bukanlah mahal harga perabot, Tidak ternilai tinggi harganya; Harta orang jangan direbut, Kalau direbut buruk padahnya.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 554 There's no accounting for tastes Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh. Lain mangkuk lain cawan. I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes. Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan lain mangkuk lain cawan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|