SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau mencari buah asam, Biar lebih kurang jangan; Alang-alang menjolok pekasam, Biar sampai ke pangkal lengan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tuan menebang jati, Biar serpih tumbangnya jangan; Kalau tuan mencari ganti, Biar lebih kurang jangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan saya menutuh keranji, Sebiar rempek tumbang jangan; Betullah betul mencari ganti, Sebiar lebih kurang jangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPetua tuan mencari kain, Biar nipis pada jarang; Petua tuan mencari lain, Biar lebih pada kurang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik tuan meragi kain, Biar nipis pada jarang; Cik tuan mencari lain, Biar lebih jangan kurang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tuan pergi seberang, Semai padi tumbuh lalang; Saya umpama beras segantang, Mahu lebih tak mahu kurang. |
|
Tesaurus |
---|
| lebih | 1. Bersinonim dengan baki ( sisa) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan semakin ( bertambah, kian, lagi, ) (kata tugas:) Berantonim dengan kurang
| Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tuan menebang jati, Biar serpih tumbangnya jangan; Kalau tuan mencari ganti, Biar lebih kurang jangan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 530 Six of one and half a dozen of the other Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang. Seperti birah dengan keladi My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty. Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : seperti birah dengan keladi. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|