SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucinglah kurus menggarulah papan, Papan digaru kayu jati; Bukanlah kurus tiadalah makan, Kurus mengenang si jantung hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing kurus mandi di papan, Papan bernama si kayu jati; Bukanlah kurus sebab tak makan, Kurus menahan dendam di hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing kurus menggaru papan, Papan bernama papan jati; Kurus kering bukan tak makan, Kurus kering memakan hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBawa bunga pergi ke pekan, Taruh mari atas peti; Badan kurus bukan tak makan, Kurus kerana si jantung hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing kurus menghidup api, Api tidak pandai menyala; Kurus badan menahan hati, Tidak tertahan rasanya jiwa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing kurus meniup api, Api tidak mahu menyala; Badan kurus menahan hati, Hati tidak mendengar kata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing kurus menggaru papan, Papan digaru si kayu jati; Bukan kurus kerana tak makan, Kerana kasih jauh di hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing kurus di tepi tebat, Duduk merana tinggal tulang; Tujuh ratus carikan ubat, Jodoh sampai barulah senang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina telinga bertindik, Badan kurus panjang lampai; Hendak melangkah kaki pendek, Hendak mencapai tangan tak sampai. |
|
Tesaurus |
---|
| kurus (adjektif) | Bersinonim dengan kecil, kedengkik, lampai, renjong, halus, renceng, kering, cengkung, kotai;, | | Kata Terbitan : mengurus, menguruskan, kekurusan, |
|
Puisi |
---|
|
Kucing kurus mandi di papan, Papan bernama si kayu jati; Bukanlah kurus sebab tak makan, Kurus menahan dendam di hati.
Lihat selanjutnya... |
|