SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAmbil badan kerat-kerat, Mari letak haluan perahu; Sakit badan haluan diubat, Sakit hati siapa tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOranglah Acheh keratlah kuku, Kerat-kerat luka jarinya; Oranglah berkasih tidak begitu, Taruh terikat di dalam hatinya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJarum panjang kerat nangka, Betik masak tepi penanggah; Jangan tuan syak wasangka, Keris pendek seorang sebilah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Esah pandai menilik, Kerat limau sambil melintang; Tembak rusa kijang terpekik, Sampai tengok rimau terbongkang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSerai Acheh di atas tambak, Kerat daun tepi telaga; Bercerai kasih tiada bertalak, Sepuluh tahun balik juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSerai Acheh di atas tambak, Kerat daun tepi telaga; Bercerai kasih tiada bertalak, Sepuluh tahun balik juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Arshad menggali cacing, Itik baru kerat kepaknya; Kalau pandai menimbang dacing, Baru tahu di mana beratnya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau ada aral di jalan, Kami kerat dengan gergaji; Kalau tiada mara di jalan, Lambat bangat datang ke mari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRebus ubi tanam di kampung, Sawah ladang tidak berpadi; Putus tali boleh disambung, Patah arang kerat sekali. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDaun nanas daun nangka, Takkan boleh dilipat-lipat; Tuan emas saya tembaga, Takkan boleh dikerat-kerat. |
|
Puisi |
---|
|
Oranglah Acheh keratlah kuku, Kerat-kerat luka jarinya; Oranglah berkasih tidak begitu, Taruh terikat di dalam hatinya.
Lihat selanjutnya... |
|