SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang hulu pulang ke hulu, Sampai ke hulu menyangkul busut; Bila terkenang zaman dahulu, Hati yang baik menjadi kusut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPetang-petang pergi ke hulu, Sampai ke hulu memetik buah; Kalau tuan balik dahulu, Sudah petang hati tak puas. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak ikan mudik ke hulu, Sampai ke hulu ditangkap ibu; Kalau mungkir janji dahulu, Hancurlah hati serta kalbu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke hulu menebang seraya, Hilir berakit waktu malam; Apa ada kepada kaya, Banyak harta budi kurang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMudik ke hulu sekah durian, Hanyut kulit bertali-tali; Duduk dulu nikah kemudian, Boleh anak tidak berwali. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang ke hulu pasang perangkap, Anak kayu habis ditebang; Orang tertipu dalam gelap, Saya tertipu dalam bimbang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMudik ke hulu pengayuh jatuh, Buat bersunting bunga delima; Unjuk sirih pinang jatuh, Baru tidak berjari lima. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMudik ke hulu kepayang luruh, Buat sunting bunga delima; Unjuk sirih pinang jatuh, Bagi tidak saya terima. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke hulu tanam selasih, Orang bersikat di dalam bilik; Kalau adik kenang kekasih, Baik kita berikat balik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke hulu menjerat napuh, Buat umpan si daun sena; Abang datang dari jauh, Mari hendak berjumpa mata. |
|
Puisi |
---|
|
Petang-petang pergi ke hulu, Sampai ke hulu memetik buah; Kalau tuan balik dahulu, Sudah petang hati tak puas.
Lihat selanjutnya... |
|