SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTak sabit kandang kuda di bendang, Kayu kemudu luruh ke meranti; Apabila tak dapat kasihku seorang, Rela kutunggu sampai ke mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak rusa satu kandang, Bunyinya sampai mendayu-dayu; Khabar nakhoda ada dikenang, Habis membeli sehelai baju. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain buruk sangkut di kandang, Bawa pula basah ke paya; Saya buruk jangan dipandang, Bagai anjing buruk kepala. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTimun rendang di pintu kandang, Batang bayam saya tumiskan; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam saya tangiskan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTimun dendang di pintu kandang, Batang bayam saya paiskan; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam saya tangiskan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRendang-rendang di pintu kandang, Pucuk bayam kutumis sahaja; Rindu siang kubawa bertandang, Rindu malam kutangis sahaja. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJebak kambing tidur di kandang, Jebaknya luruh sampai ke tanah; Sedaplah kelih adik di jalan, Ambo nak turut sampai ke rumah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAlang-alang bawa ke kandang, Daun bayam disayur manis; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam bawa menangis. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTempurung bermata tiga, Ayam di bawah rumah kandang-kandangan; Akan terturun akan tiada, Lekat di rumah berpandangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAir pasang anak-anak, Sampai pasang hujung sana; Kerbau jalang baru nak jinak, Baru merapat kandang lama. |
|
Tesaurus |
---|
| kandang (kata nama) | Bersinonim dengan reban, sangkar, serkap, kurungan, sendong, celung, sangluat,
kerangkengan; sel, lokap, penjara;, | | Kata Terbitan : mengandang, |
|
Puisi |
---|
|
Anak rusa satu kandang, Bunyinya sampai mendayu-dayu; Khabar nakhoda ada dikenang, Habis membeli sehelai baju.
Lihat selanjutnya... |
|