SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIntan dingin isinya dingin, Dingin tidak berbau lagi; Puan ingin tiada ingin, Ingin tiada baharu lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIngin pergi Kuala Tembelang, Tamat berjalan Kuala Cik Bilang; Sakit di sendi ubat di tulang, Mana penyakit bolehkan hilang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Beaufort pergilah Lumadan, Selalu ingin berlari-lari; Kalau terluput nyawalah di badan, Barulah boleh adik mengganti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBaju dipakai baju yang mana, Ingin serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap sebulan rasa, Rasa berkecai beribu tahun. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBeringin di tepi huma, Daun lebat sebelukar; Ingin hati memetik bunga, Pangkal dililit ular besar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTudung saji hanyut terapung, Disulam gambar dengan benang; Hati ingin pulang ke kampung, Luasnya laut tidak terenang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPokok beringin daunnya hijau, Pokok lada ditebas budak; Hati ingin memandang pulau, Biduk ada pengayuh tidak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung kedidi terbang ke pantai, Terbang mari berkawan-kawan; Ingin nak petik buah di tangkai, Takut pula rosak sedahan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tuan naik perahu, Anaklah Cina melipat kain; Kalaulah tuan ingin nak tahu, Kitalah bukan orang lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah beringin buah bidara, Dari Lukut ke Pulau Pinang; Hati ingin kepada dara, Hati takut hendak meminang. |
|
Tesaurus |
---|
| ingin (kata kerja) | Bersinonim dengan mahu, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan;, | | Kata Terbitan : mengingini, menginginkan, teringin, keinginan, berkeinginan, |
|
Puisi |
---|
|
Ingin pergi Kuala Tembelang, Tamat berjalan Kuala Cik Bilang; Sakit di sendi ubat di tulang, Mana penyakit bolehkan hilang.
Lihat selanjutnya... |
|