SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsap api jauh ke darat, Tempat orang menganyam kulit; Hina besi kerana karat, Hina dagang tidak berduit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina berbaju satin, Sudah satin jarang pula; Hina saya kerana miskin, Sudah miskin dagang pula. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina berkain satin, Sudah satin sakhlat pula; Dagang hina lagi miskin, Sudah miskin melarat pula. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina pandai berbaju, Sudah berbaju berkancing pula; Alangkah hina yatim piatu, Sudah piatu miskin pula. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga sena kuning mencelah, Daun kering jatuh bersepah; Saya yang hina buang sebelah, Hidup di dunia bagai sampah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain cukin kain sutera, Buat pengesat kaki dulang; Sudah miskin bertambah hina, Buat apa kepada orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPagi-pagi naik ke darat, Kerana hendak membasuh kain; Buruk besi kerana karat, Hina manusia kerana miskin. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKayu cendana titian beruk, Orang menebang kayu beraksa; Hamba ini orang buruk, Tambah hina tidak berbangsa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina pulang ke China, Sampai di China menjual arang; Sudah miskin lagi hina, Jauh beza dari orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnaklah itik anak angsa, Hinggap di batang dibakar jangan; Tuan berbangsa saya yang hina, Jikalau sampai menyesal jangan. |
|
Tesaurus |
---|
| hina (adjektif) | Bersinonim dengan keji, tercela, tercemar, terkutuk, lata, buruk, kotor;, | | Kata Terbitan : menghina, terhina, kehinaan, penghinaan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak Cina berbaju satin, Sudah satin jarang pula; Hina saya kerana miskin, Sudah miskin dagang pula.
Lihat selanjutnya... |
|