Jihaty Abadi - Dewan Bahasa dan Pustaka
buah sajaknya terpilih memenangi Hadiah Karya Sastera bagi tahun 1973 dan 1976. Beliau juga pernah memenangi hadiah dalam Peraduan Sajak-sajak Kuala Lumpur anjuran GAPENA. Kita memang dapat mengharapkan keanekaragaman nada pada sajak-sajak Jihaty kerana beliau juga berbicara tentang banyak hal; daripada soal kisah derita masyarakat sehinggalah kepada yang bersifat rohaniah. Namun satu hal yang cukup ketara pada sajak-sajaknya ialah nada protes yang kadang-kadang terasa amat keras dan tajam, meskipun ia cuba disembunyikannya di sebalik permainan kata-kata atau lambang. Jihaty melihat kegelapan, kepunahan, keruntuhan, dan kepalsuan di sekitarnya. Penyair
|
Dharmawijaya - Dewan Bahasa dan Pustaka
telah dirakamkan oleh Dharmawijaya dalam sajak-sajaknya seperti “Cinta Sayang di Sawah Ladang”, “Balada Gadis Tani”, “Senyum Anak Tani”, dan sebagainya. Dan apabila berbicara tentang petani dan kehidupannya, penyair memperlihatkan nada simpatik seorang pemerhati yang terusik dengan apa-apa yang disaksikan di hadapannya, atau dengan nada sinis seorang yang merasakan dirinya terlibat dengan pergolakan itu. Manusia petani yang menjadi bahan pembicaraan dalam puisinya adalah manusia petani yang ditemuinya dengan kejujuran dan kesedaran yang mengharukan. Ternyata kehadiran |
Halim Anuar - Dewan Bahasa dan Pustaka
menyumbangkan sesuatu dalam perjuangan kemerdekaan tanah air, mengatasi segala-galanya. Tulisan pula dapat menimbulkan kesedaran rakyat terhadap penjajahan. Begitulah yang difikirkannya. Lantaran itu karya-karyanya terutama puisi lebih terarah kepada nada heroisme dan kebebasan. Contohnya dalam puisi "Beza-beza", seolah-olah membayangkan kekesalannya terhadap perbezaan hidup yang wujud antara pihak penjajah dengan anak jajahannya. Begitu juga dengan hasrat yang tercetus dalam
|
Rustam A. Sani - Dewan Bahasa dan Pustaka
yang berpura-pura atau jujur. Walaupun kumpulan ini bukan terdiri daripada puisi-puisi protes terhadap gejala-gejala yang tidak disenangi oleh Rustam di dalam masyarakatnya, namun puisi-puisi itu mengandungi nada protes, yakni salah satu unsur yang terdapat dalam puisi-puisi seangkatannya. Puisi-puisi ini telah ditulisnya semasa berada di Eropah dan di tanah air. Sebagai seorang tokoh yang berkecimpung dalam |
Anis - Dewan Bahasa dan Pustaka
Malaysia Today” di National Council of Development Communication (NCDC) Bi-Annual Meet and Assembly di New Delhi, India (4-8 Ogos 1998); “Abdul Talib Hassan, Fatimah Busu dan Anwar Ridhwan: Nada dan Ritma Tiga Wajah Keperangan” di Kolokium Kesusasteraan Melayu Moden III anjuran DBP (21-23 Oktober 1999). Beliau turut diundang menjadi pensyarah jemputan di Bereau Leiden, iaitu Werken en Wonen
|
Firdaus Abdullah - Dewan Bahasa dan Pustaka
yang dipancarkan dari Padang yang selalu menyiarkan Sandiwara Randai dan lagu-lagu Minang lama. Pengaruh Minangnya amat jelas biarpun di mana sahaja beliau berada, baik di Amerika ataupun di Moscow. Nada Minangnya tetap dapat dikesan melalui puisi-puisi yang dihasilkannya. Firdaus memperlihatkan sensitivitinya terhadap banyak kota di Barat yang pernah dikunjungi atau mengalami pengalaman kreatif sewaktu berada di kota-kota tersebut |
Jamaluddin D - Dewan Bahasa dan Pustaka
puisi yang dihasilkannya dalam tempoh 1991-1995. Dalam proses penciptaan, Jamaluddin D tidak dapat lari daripada pengaruh alam sekitar. Puisi-puisinya diangkat daripada seribu kekayaan khazanah alam semesta. Penciptaannya membawakan nada lembut mendayu yang menjadi identiti tersendiri di samping pemilihan tema yang kelihatan menjadi semacam obsesi kepadanya. Di samping itu, Jamaluddin D tetap menyuarakan gejolak kehidupan masyarakat tanpa menghindari nilai-nilai
|
|
|