bimbingan berkarya-menulis skrip drama
Tiada tatalan aktif untuk kumpulan ini Trafik Feedjit Live Blog Stats BIMBINGAN BERKARYA - MENULIS SKRIP DRAMA PENGENALAN Sebelum anda menulis sebuah skrip drama, anda tentulah terlebih dahulu perlu mengetahui apakah itu drama. Anda tentu pernah menonton drama pentas atau lebih dikenali sebagai teater. Apakah yang dimaksudkan dengan drama dan apakah yang membezakannya daripada teater. Apakah menulis skrip drama itu berbeza daripada menulis novel dan apakah yang membezakan skrip drama pentas daripada drama televisyen? APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DRAMA? Drama berasal daripada perkataan “dran” (Greek) yang bermaksud melakukan atau melakonkan
|
bimbingan berkarya-cerpen
bidang dalam kesusasteraan Melayu moden iaitu cerpen, drama, esei/kritik, novel dan puisi. Cerpen ialah cerita berdasarkan fakta di campur dengan imaginasi. Manakala sastera pula payah diberikan definisi yang universal, justeru sastera bukan sesuatu yang dijumpai tetapi sebuah nama yang diberikan kepada sesebuah karya tertentu dalam lingkungan budaya tertentu. Bagaimanapun dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa yang tidak seimbang antara pengalaman (realiti/benar berlaku) dengan rekaan (imaginasi) pengarang. Panjangnya cerpen ialah antara 5,000 hingga 20,000 patah perkataan. Oleh sebab makna dari segi istilah cerpen itu ialah cerita pendek maka ada yang menyebutkan panjang cerpen ialah sehabis meminum secawan kopi atau sehabis menghisap sebatang rokok. Apa yang mesti ada dalam karya sastera seperti cerpen? Yang pertama |
|
|