ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
non-replicable cultural heritage | warisan budaya tak boleh sulih | ESG | Warisan budaya yang ketara dan tidak ketara yang tidak boleh dipindahkan ke lokasi lain atau tidak boleh digantikan dengan struktur atau ciri semula jadi yang serupa nilainya. Banding replicable cultural heritage. |
protected characteristic | ciri terlindung | ESG | Ciri peribadi yang tidak boleh dijadikan faktor membeza layan terhadap individu atau kumpulan dengan individu atau kumpulan yang lain. |
natural capital | modal sumber asli | ESG | Stok sumber dari alam sekitar dan ekosistem yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui melalui pembekalan barangan dan perkhidmatan penting seperti air bersih, kitaran nutrien dan sumber genetik. |
immovable cultural heritage | warisan budaya tekal | ESG | Warisan budaya yang berstruktur kekal, tidak boleh dipindahkan dan dilindungi mengikut prosedur atau ketetapan undang-undang. Banding movable cultural heritage. |
movable cultural heritage | warisan budaya tak tekal | ESG | Warisan budaya yang berstruktur tidak kekal, boleh dipindahkan dan dilindungi mengikut prosedur atau ketetapan undang-undang. Banding immovable cultural heritage. |
|
Puisi |
---|
|
Tidak boleh saya nak banang, Dua tiga burung merpati; Tidak boleh saya mengenang, Kalau mengenang hancur hati.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 428 Nothing is impossible to a willing heart Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle. Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|