ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
social sustainability | kemampanan sosial | ESG | Kesejahteraan jangka panjang dan kualiti hidup individu dan masyarakat yang melibatkan pelbagai aspek sosial. |
green | hijau | ESG | Perihal tidak memudaratkan atau tidak menjejaskan kualiti alam sekitar. Sinonim environmental friendly. |
downcycling | kitar susut | ESG | Proses mengitar semula bahan buangan kepada produk baharu yang lebih rendah kualiti dan fungsi berbanding bahan asal. |
green label | label hijau | ESG | Tanda atau maklumat yang dicetak pada produk atau bungkusan untuk mengiklankan kualiti atau ciri alam sekitar. Label hijau juga dikenali sebagai label alam sekitar atau ekolabel. |
water availability | ketersediaan air | ESG | Kemampuan hidrologi untuk menampung permintaan tambahan selepas mengambil kira penggunaan semasa, kuantiti dan kualiti air yang ada. |
|
|